Pelbagai Cara dan Inovasi Memanggil Burung...


Penentuan bagi sesebuah rumah itu dimasuki burung bergantung kepada pelbagai faktor. Faktor bunyi adalah salah satu daripadanya yang paling penting.. Sebagai permulaan bunyi yang baik adalah penentu dan ianya tidak penting lagi apabila telah banyak burung tidur, bersarang dan membiak didalamnya. Pengusaha rumah burung di atas ini membuat inovasi bagi pemancaran suara burung yang terpilih dengan menggunakan tong cat yang ditebuk ditepinya dan memasukkan speaker di 4 penjuru dan diletakkan di tempat tinggi di bumbungnya. Tujuannya memancarkan suara/bunyi ke semua arah..tanpa halangan!! pancaran suaranya dapat pergi jauh dan memanggil burung-burung yang ada disekitarnya



untuk datang kerumah beliau. Pengusaha yang ini pula hanya meletakkan speaker di depan pintu masuk burungnya dengan harapan burung akan terus datang dan memasuki rumahnya.
Rumah ini pula mungkin memancarkan suara burungnya terus kelangit dengan harapan burung-burung yang lalu diatasnya akan tertarik untuk singgah dirumahnya.
Pintu masuk rumah ini dibuat sebegitu rupa supaya apabila panggilan dibuat, gelombangnya akan mengikut bentuk tingkap itu dibuka..kedua-duanya akan terus kehadapan dan pastinya akan sampai ketempat yang dituju..
Walau apa jua bentuknya yang penting kita tahu apa
yang kita buat.. ilmu tentang gelombang dan bunyi boleh membantu kita dalam menjayakan inovasi kita..INSHA ALLAH!!

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments