Panduan memilih kawasan Pembinaan Rumah Burung...

Semasa memilih kawasan pembinaan rumah burung, apa yang perlu kita buat ialah pastikan kawasan tersebut merupakan kawasan keliaran burung, kawasan mencari makanan, laluan burung mencari makanan dan balik kerumah mereka..
pertana: kawasan keliaran burung ialah kawasan disekitar rumah mereka yang sediada...ke kawasan mereka mencari makanan.
kedua: kawasan pertanian, dimana terdapat pelbagai jenis serangga yang menjadi makanan mereka contohnya- kawasan sawah padi, kawasan lapang berumput atau punya tanaman seperti sayuran, ubi atau lain-lain, kawasan pertanian lain-kelapa sawit, getah, pokok buah-buahan fan lain-lain..
ketiga: laluan dimana mereka terbang pergi dan balik setiap hari dalam mencari makanan dan minuman.
Jika semua diatas terdapat didalam kategori yang diperlukan, kita juga perlu melihat lokasi pembinaan kita..disekeliling tapak rumah perlu tidak punya pokok-pokok tinggi, melebihi ketinggian rumah yang akan kita bina... atau sekurang-kurangnya pintu masuknya tidak berdepan dengan pokok-pokok yang tinggi.. Melalui pengalaman Pak Din banyak rumah-rumah yang dibina dalam keadaan begini mengambil masa yang lama untuk burung-burung masuk kedalamnya walau pun banyak yang datang "berziarah" apabila dipanggil..dan hanya sedikit yang berani masuk dan tidur di dalamnya..
Contoh-contoh rumah yang punya pintu masuk yang lebih tinggi dari pokok-pokok atau bangunan disekelilingnya:












Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments