Milik siapakah rumah ini???

Rumah yang sedang dalam pembinaan ini terletak ditepi sawah padi yang terbentang luas di Tambun Tulang, Perlis. Pemiliknya yang pasti ialah seorang usahawan Cina... Kini ramai yang berlumba-lumba membeli tanah di kawasan-kawasan yang sedemikian untuk dijadikan rumah burung sebab kesedaran tentang potensi tanah yang sedemikian amatlah tinggi!!! Dimanakah kesedaran orang-orang kita?? Kita punya tanah yang luas terbentang..tetapi gunanya hanya untuk dijual untuk DUIT SEGERA.. kalaulah hasil dari tanah yang dijual dilaburkan semula untuk dibuat rumah burung....ermmm alangkah bagusnya dari membeli sebuah kereta mewah..
Tapi beringatlah jika ingin membuat sebuah rumah burung carilah maklumat terdahulu supaya anda tahu bidang yang akan anda ceburi jangan cuma mengikut sahaja..KELAK ANDA TERTIPU.. Bagi sebuah rumah burung berukuran 20'x20'x20' kos yang biasa dikenakan adalah antara RM45.00 hingga RM65.00 bagi setiap kaki persegi..jika dikira kos keseluruhan adalah RM36,000 hingga RM 52,000 tak termasuk kerja-kerja tanah atau mungkin juga tak termasuk sistem suhu, humiditi dan audio serta sedikit keuntungan.. Jadi jika anda ditawarkan harga sehinga RM 100,000 fikir-fikirkan dulu..harganya berpatutan atau tidak...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments