Keperluan Sarang Burung Tiruan...

Ramai yang bertanya perlukah Sarang burung tiruan diletakkan di dalam rumah burung kita.. Jawapannya ya dan tidak..

Apabila rumah kita sudah mula dimasukki oleh burung... iaitu burung telah mula keluar masuk. Biarkanlah mereka dahulu ... tak perlu diganggu tunggu dan lihat.. Burung yang keluar masuk itu baru mula meninjau.. kemungkinan mereka terdiri daripada ibu/bapa burung yang sudah punya rumah.. Mengikut kajian burung-burung ini jarang meninggalkan rumah mereka atau pun berpindah rumah. Cuma burung-burung yang baru (anak-anak) yang baru mula mencari teman baru/pasangan baru berpotensi untuk tinggal dan bermalam di rumah kita..

Jadi sabarlah dulu... mereka belum lagi mahu bersarang.. apabila mereka telah mula tinggal didalamnya kita berikanlah mereka sedikit masa kemudian mungkin kita boleh letakkan sarang tiruannya..ini boleh dibuat sendiri dengan menggunakan kain kasa..Itu pun kalau kita nak..Sarang tiruan dapat membantu anak-anak baru mempercepatkan mereka membiak kerana mereka belum pandai MEMBUAT SARANG.. MAKLUM PASANGAN BARU..

Apabila burung-burung kita telah mula tidur dirumah kita dan ambil masa yang lama untuk mula membiak. Kita mungkin boleh letakkan sarang tiruan ditempat mereka tidur. Dengan demikian mungkin boleh induce mereka mula membiak dengan lebih cepat. Bila mereka dah mula membiak, musim kedua atau ketiga bagi mereka bersarang pastikan sarang tersebut dipindahkan ketempat lain untuk burung lain menggunakannya. Jika tidak mereka akan menjad malas untuk membuat sarang... ini akan merugikan kita..

Perkara ini telah dinyatakan oleh teman kita dari Kelantan.. beliau telah memasang sarang tiruan berdekatan dengan sarang yang sedang dibina... burung tersebut telah berpindah tempat dan menggunakan sarang tiruan tersebut....mungkin "shortcut" mempercepatkan pembiakan.. bagus kan??

Hubungi kami 013-4861990 atau email kami pada nordi_jef@yahoo.com Kami sedia membantu Kejayaan anda kejayaan kami jua..

Comments