Hotel-hotel Burung Layang-layang...di Sungai Petani!!!






Sungai Petani sudah sinonim dengan rumah burung layang-layangnya... Hampir keseluruhan bandarnya dilanda dengan rumah burung. Bangunan-bangunannya terdiri daripada rumah-rumah kedai yang rata-ratanya dihuni manusia dengan business lain dan diatasnya ditambah, diubahsuai atau macam-macam lagi.

Banyak juga bangunan-bangunan barunya yang dibina khas untuk
rumah burung, bertingkat-tingkat tingginya bak sebuah supermarket yang besar.. Terdapat juga dulunya bangunan hotel diubahsuai untuk hotel burung.. mungkin kerana business perhotelan tidak selumayan hotel burung.

Pada waktu pagi, selepas subuh sekitar pukul 7.00 hingga 9.00 pagi burung-burung ini keihatanya sibuk dan riuh dengan bunyi burung dan juga bunyi palayer yang dimainkan bagi memikat burung kedalam rumah -rumah yang baru siap dibina atau yang masih belum didatangi burung. Beribu-ribu ekor burung boleh diliahat disini. apabila memjelang tengaharinya burung mula sunyi dengan hanya bunyi-bunyi dari player yang banyak kedengaran dengan pelbagai rentak dan lagu..tak tahulah apa bunyinya..tak faham kita manusia..
Apabila hari menjelang senja bunyinya riuh kembali. Hingga dikala satu petang Pak Din melalauinya kedengarannya amat bengit sekali...tapi taklah sebising bunyi kenderaan terutama lori,treller, bas dan sebagainya. Pada Pak Din dan ramai lagi pemilik-pemilik rumah di situ...bunyinya bising tetapi bagaikan ada satu irama..yang amat enak kedengarannya seperti menjerit duit..duit..duit pada telinga yang memahaminya.













Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments