Gua Musang (Kelantan) - Bertukar Menjadi Gua Burung

TANGGAL 28 APRIL 2010...Dari Besut Pak Din pulang ke Kuala Lumpur melalui Machang, Kuala Krai dan sampai ke Gua Musang.. sebuah pekan kecil yang sedang pesat membangun.. sesampai di Gua Musang Pak Din terpandang gua-gua yang menyambut pemandangan kita..bermula dengan Gua berhampiran Stesyen keretapi...yang punya sejarahnya tersendiri..
Teringat Pak Din akan satu cerita oleh seorang bekas askar Melayu pertama Squadran 136 tentang Gua Musang menjadi Musang menyebabkan ramai yang terkorban bagi kedua belah pihak.. sehingga Gua Musang diistiharkan pekan dharurat.. kubu persembunyian komunis pada suatu masa dulu...Banyak pentempuran berlaku di Gua Musang.
Pada tahun 1980'an Gua Musang merupakan sebuah pekan kecil yang amat berdebu...sehingga keseluruhan pekannya seakan berwarna merah..(debu merah)...dan kemudiannya dikenali dengan pekan balak...Tokey tokey balak sentiasa dilihat berkeliaran di sini...di mana jua kedai-kedai makan..terdapat sebuah rumah rehat yang sudah usang di tengah-tengah pekannya yang sekarang diganti dengan hotel yang terbesar di Gua Musang...FULLY INN
Kini apabila sahaja kita memasuki pekan Gua Musang kita akan dapat melihat rumah-rumah burung di sepanjang jalan rayanya..pelbagai bentuk dan pelbagai rupa..dari rumah kecil usang kepada rumah-rumah di atas kedai-kedai..kedai makan dan sebagainya dan rumah-rumah mewah bak HOTEL-HOTEL..
Hubungi Kami: 013-4861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments