Dalam Kenangan Pak Din....


Pak Din mendapat berita dari kawan lama Pak Din, sekolah agama yang diubah suai menjadi rumah burung ini pada pertengahan 2008 dulu kini sudah berhasil menjual 4 kilo sarang kebelakangan ini... Walaupun hanya mendapat berita dari orang lain..Pak Din bersyukur hasil usaha Pak Din dulu telah membuahkan hasil...WALAU HANYA SEKERAT JALAN...ALHAMDULLILAH.
Teringat Pak Din masa mula-mula menceburkan diri dalam bidang perusahaan sarang burung layang-layang ini sejak pertengahan tahun 2008, sambil belajar mengenai selok belok perusahaan ini (mengenai keperluan burung di dalam rumah) ke hulu ke hilir Pak Din "terbang" memberi khidmat nasihat... setengahnya dijanjikan sedikit duit minyak...tetapi diakhirnya sesen pun tak diperolehi... Tabiat orang "kita" hanya pandai berjanji..tapi susah untuk menunaikannya.. Ada yang di awalnya meminta tolong sehingga setiap hari menalipon tetapi diakhirnya memberi kepercayaan kepada orang cina untuk menyudahkannya...tanpa sesen pun untuk Pak Din.. TAPI PAK DIN PASRAH...DAN MERASA BERSYUKUR USAHA PAK DIN PADA AWALNYA MENDAPAT KEJAYAAN JUA AKHIRNYA..
Kini Pak Din sudah serik... tak mahu tertipu lagi.... jika ada yang mohon pertolongan membina rumah atau sistem... "peruntukan" perlu didahulukan.. jika tak ...tak dapek Pak Din nak nolongnya... sebab harga Pak Din adalah yang termurah dipasaran.. dan insha Allah Pak Din akan usahakan sehingga "burung masuk"
Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments