Cuba Cari Lokasi Yang Berpotensi tinggi...Usahawan Melayu


Cuba dapatkan lokasi yang menarik para Usahawan Kita.....ada air/tanah lapang/luas/ selamat dan Infrastrukturnya sudah tersedia.. Kos rumah boleh dibina dengan harga yang juga menarik... Peringatan Pakdin..kita melabur untuk perusahaan ini cuma sekali dalam seumur hidup kita.. (tapi jika kita punya banyak modal dan tanah.. lebih banyak pun lagi baik) dan mengharapkan hasil hingga ke jenerasi akan datang... .Contoh gambar ini terletak di lokasi Bagan Serai, Perak...Dikatakan Hasil yang dikutip antara 30 ke 40 kilo, terbaik di Bagan Serai (Pemilik ?..faham aje le). Sama-sama kita pikirkan dan menerokai perindustrian ini.
Lihat saja rumah ini....begitu banyak pintu masuk untuk burung..mungkin satu inovasi yang bagus untuk diteladani.. Tuan rumah ini memberikan peluang dan ruang untuk burung memilih sendiri mana jua pintu yang disukai burung...
Erm...teringat Pak Din semasa menghadiri interview TEKUN bersama para bakal usahawan baru di Tanjung Piandang...pihak veterinar menegur Pak Din tentang pintu masuk yang Pak Din cadangkan (bermula dengan 4) tetapi yang dicadangkan dalam Garis Panduan yang dicadangkan oleh mereka..pintu masuk mestilah satu dan menghadap ke matahari naik.... Lihatlah di sini...pintu masuk dibuat begitu banyak sekali.. dan bandingkan berapa banyak burung yang masuk kesini...
Ini juga menunjukkan walau sedikit cerah disebabkan banyaknya pintu masuk..burung masih mendiami dan membiak di sini...
Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments