Tips pengurusan rumah burung Anda..

Tahukah anda apa yang boleh anda buat untuk membantu anak-anak burung yang jatuh kelantai??
Pertamanya jika ada anak-anak burung yang jatuh dilantai rumah anda, kutiplah ia dan cuba selamatkan!! Jika anak-anak tersebut masih kecil..letakkan ia dalam saang tiruan di mana ia boleh bergayut atau duduk didalamnya dan cuba beri ia makanan kerana jika tidak dibantu anakanak ini akan mati begitu sahaja. Makanan yang diberi mestilah mengikut umur anak-anak burung tersebut. Jika baru menetas, makanan mestilah serangga (lembut) yang telah diproses menjadi cecair umpamanya. Jika dah besar sikit...mungkin boleh diberi serangga yang lembut seperti kelkatu,
Keduanya jika anak burung tersebut telah punyai bulu yang penuh dan telah boleh terbang..bawalah ia keluar dari rumah anda dan lambungkan ia ke udara secara perlahan..jika ia terbang oklah..jika tak ambil semula dan cuba pelihara sekejap..mungkin ada masalah apabila ia terjatuh kelantai..
UNTUK PENGETAHUAN BURUNG LAYANG-LAYANG GUA APABILA JATUH PADA MANA-MANA PERMUKAAN TIDAK AKAN DAPAT TERBANG SEMULA KERANA ITULAH SIFATNYA. SAYAPNYA YANG TERLEBIH PANJANG DAN KAKINYA YANG HANYA BOLEH BERGAYUT PADA SARANG/PERMUKAAN KHAS MEMBUATKAN IA TIDAK BERUPAYA TERBANG SENDIRI APABILA TERJATUH...
Jadi bantulah mereka tetapi INGATLAH memelihara burung ini dalam kurungan tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Hidupan LIar
Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments