Rumah Menggunakan Teknologi Baru Zinklum

Rekabentuk dinding rumah burung ini menggunakan teknologi dinding product baru-zinklum iaitu sejenis zinc dua lapis yang telah diubahsuai bagi pantulan cahaya dan haba. Kelihatan seperti metaldeck. Ianya dipasang pada dinding dan bumbung. Bangunannya dua tingkat dengan bahagian bawahnya batu berlantaikan simen-board. Ianya masih dalam pembinaan hampir siap 90%. Rumah burung ini milik seorang kontraktor Bumiputra Kelas F di Lokasi Simpang 4 Kuala Sala/Alor Star, Kota Sarang Semut, Kedah. (Anggaran Kos bangunan adalah RM180,000).
Sebuah rumah burung yang mewah yang diberikan confidential level 100% untuk kemasukan burung bermalam dan bersarang oleh kontraktornya..Lokasinya amat bagus untuk kawasan keliaran burung layang-layang..InshaAllah burung akan masuk..DEMI PEMILIKNYA YANG TELAH BERBELANJA BESAR..MOGA DIMAKBULKAN..
Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments