Rumah Pertama Jadi Anak Angkat Jabatan Perhilitan

Sebuah rumah berukuran 20'x30'x30' yang terletak di Jalan Kuala Kedah -Yan ini adalah milik rakan kongsi 4 kawan bersaudara bumiputra. Sekitar tahun 2005 keempat-empat kawan ini telah menceburi bidang perusahaan sarang burung ini dengan berbekalkan sedikit pengetahuan dari pengusaha-pengusaha Cina. Pelbagai penambahbaikan telah dilakukan oleh pengusaha-pengusaha ini. Berapa banyak duit yang dilaburkan tidak lagi dapat dikira dalam usaha untuk menjayakanya. Dalam tahun 2008, Pak Din telah ternampak rumah ini dan berjumpa dengan tuan tanah yang tinggal di depan rumah burung tersebut.
Memandangkan pada masa tersebut pihak Jabatan Perhilitan sedang mencari rumah milik Bumiputra untuk dijadikan Rumah Angkat untuk kajian Pak Din telah membuat temujanji dengan pihak tuan rumah tersebut untuk bertemu. Pada satu malam dalam pertengahan tahun 2008, Pegawai-pegawai dari PERHILITAN telah sampai untuk perbincangan. Dua daripada rakan kongsi (salah seorang adalah anak pemilik tanah tapak rumah burung tersebut) telah menunggu dan Pak Din juga telah turut serta. Setelah berbincang dengan panjang lebar, Pak juga mengikuti Pihak PERHILITAN melawat rumah burung tersebut. Itulah kali pertama Pak Din melawat sebuah rumah burung..PENGALAMAN PERTAMA Pak Din..Di situlah era Pak Din menimba pengalaman dalam membina rumah burung.
Alhamdulilah selepas 2 tahun yang bermula dengan sedikit burung sahaja, pemilik rumah ini kini telah menemui kejayaan. Berkat usaha dan kesabaran dari semua pihak, kejayaan telah dapat dikecapi..

Hubungi Kami: 013-4861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments