Pintu Masuk Burung Cara..

Rumah burung di Behrang, Selangor, terletak ditepi hutan dengan ukuran lebih kurang 20'x 50'x20' dengan anggaran kos RM130,000.00. Dibina dengan pintu masuk secara terjun.

Sebuah rumah burung ditepi lebuhraya Utara-Selatan dengan konsep "terjun"
Pintu rumah bagi burung ini diperbuat secara "terjun" bermakna bumbungnya dibuka separuh untuk membolehkan burung masuk dari atas. Cara ini biasanya digunakan di kawasan yang mempunyai banyak pokok disekelilingnya. Panggilan dipancarkan keatas pada 45 degrees atau lebih. Biasanya ia dibuat menghala ke kawasan yang dijangka menjadi laluan burung keluar mencari makan. Cara ini amat bagus kerana suara yang dipancarkan akan pergi jauh dan tiada halangan/pantulan suara yang akan berlaku. Hala tuju suara boleh melebihi 180 degrees, meluaskan lagi pancaran suaranya.

Pintu masuk cara ini memerlukan kepakaran reka bentuk rumah dan binaannya jika tidak ia akan menyebabkan rumah tempias dalam keadaan hujan lebat dan ribut taufan. Papan-papan pembiakan boleh menjadi basah dan lembab dan lantai juga akan basah. Ini tidak sesuai untuk lantai papan/plywood.

Pintu masuk secara ini juga amat sesuai untuk rumah-rumah dibandar atau dipekan-pekan di mana terlalu banyak bangunan disekelilingnya. Ia juga dapat mengelakkan dari rumah kita diketahui orang, sedang memanggil burung masuk (kenalah guna bunyi yang tak kederangan atau yang pakai silencer..). Ia juga dapat mengelak dari complain orang di sekeliling rumah burung kita..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments