Permohonan TEKUN..

Semalam Pak Din mendapat panggilan dari teman-teman di Tanjung Karang meminta bantuan untuk menemani mereka pergi interview pinjaman TEKUN...Pak Din pun kurang pasti..entah apa interviewnya.. tapi mengenangkan teman-teman meminta bantuan...Pak Din bergegas balik dari Tanjung Piandang/Bandar Baru..untuk ke Kuala Lumpur..Memikirkan badan yang telah penat untuk memandu ke Kuala Lumpur..Pak Din mengambil keputusan menaiki bas sahaja..
Dengan menaiki bas jam 12.00 malam, Pak Din tidur sahaja disepanjang perjalanan...
Hari ini Pak Din diberitahu interviewnya akan dibuat di Wisma Tani, Putrajaya...Masih kurang mengerti..kenapa interview perlu dibuat di Wisma Tani sedangkan teman-teman Pak Din memohon pinjaman dari TEKUN...Pak Din ikut sajalah..
Bersama-sama teman-teman baru Pak Din, kami pun masuk kebilik mesyuarat di tingkat bawah (lower ground) Wisma Tani.. terkejut juga Pak Din, didalamnya diperkenalkan semua pegawai-pegawai dari Jabatan Veterinar...Dalam masa yang sama terdapat beberapa kumpulan pemohon TEKUN yang lain bagi tujuan yang sama...Selepas beberapa minit..barulah Pak Din faham...untuk mendapatkan pinjaman tekun...seseorang perlu diinterview oleh panel dari Jabatan Veterinar bagi mendapatkan sokongan..Jika surat sokongan diperolehi, barulah pihak TEKUN akan memperoseskan permohonan..
Teruk juga teman-teman Pak Din bagi menjawab soalan-soalan CEPU MAS..dari pihak VETERINAR...Alhamdullilah Pak Din juga cuba membantu dengan menyediakan maklumat-maklumat yang diperlukan..Permulaannya..pihak teman-teman diperlukan mengikuti kursus anjuran VETERINAR.tapi Alhamdullilah setelah memberitahu mereka semua sudah mengikuti kursus anjuran PERHILITAN..PANEL tersebut telah menerima penjelasan tersebut.
Setelah lebih dari satu jam di interview..teman-teman Pak Din dijanjikan surat sokongan akan dikeluarkan secepat mungkin...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments