Perjalanan Pak Din.....

Hari ini Pak Din melencongkan perjalanan melalui Tapah ke Teluk Intan ke Setiawan dan meneruskan perjalanan ke Ulu Bernam/Sungai Besar, destinasi Pak Din yang pertama. Disepanjang perjalanan terdapat begitu banyak rumah burung, tetapi keseluruhannya milik pengusaha Cina. Setiawan merupakan bandar pertama di mana rumah burung mula dibina. Mengikut cerita seorang pengusaha telah membawa 20 biji telor burung ini kesini ntuk memulakan perusahaan sarang burung ini. Sekitar tahun 2005, pengusahanya telah mengaku membawa telor tersebut untuk diramkan menggunakan "surrogate mother" pada kira-kira 20 tahun dulu...Mungkin beliaulah yang menjadi pengasas industri ini di pantai barat Semenanjung Malaysia jika apa yang dikatakn itu adalah benar.. Kini telah terbina beratus-ratus buah rumah burung disini. Dalam pelbagai bentuk..tersergam "indah" dan bernilai jutaan ringgit..




Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments