Perjalanan Pak Din...

Semalam Pak Din ke Tanjung Piandang lagi..
Pak Din diberi mandat oleh teman Pak Din di Tanjung Piandang, seorang Che Gu...memasang audio sistem baru bagi rumah burungnya yang telah lama beroperasi tetapi cuma ada 3/4 ekor burung saja yang bermalam didalamnya..Pak Din tak der magik yang boleh buat burung masuk kedalamnya..tetapi apa yang Pak Din boleh bantu ialah mencuba sedaya mungkin..Dua tiga hari lepas "anak buah" Pak Din telah pergi kerumah tersebut untuk memasang wiringnya. Semuanya telah siap dan semalam Pak Din pergi untuk memasang emplifiernya..dan testing bunyi..sampai di situ just sebelum maghrib...
Bukan senang nak testing bunyi yang diterima burung di situ..seperti juga di lain-lain tempat..Daripada pelbagai bunyi yang Pak Din ada (didapati dari ramai kawan-kawan yang memberikannya secara percuma), Pak Din mencuba..Sehingga jam 9.30 malam barulah semuanya siap dipasang..Alhamdullilah..Pak Din terpaksa mencubanya dulu dan mengharapkan lapuran dari tuan rumah tentang sambutan burung-burung dikawasan tersebut kepada bunyi yang dipasang...Maklumlah hari telah malam..Burung-burung yang hendak dipanggil sudah pun pulang kerumah masing-masing....tadi Che Gu tersebut telah menalipon Pak Din, memberitahu kira-kira 300 ekor burung sedang mengelilingi pintu masuk rumah beliau..Alhamdullilah...
Rumah yang diubah bunyinya pada awal minggu (rumah kayu Tuan HJ., bekas pensyarah) masih menunjukkan reaksi yang positif dan Pak Din mengharapkan rumah di Tg Piandang ni juga akan berjaya...insha Allah..Pemberian bukan dari Pak Din tetapi dari Yang Maha Berkuasa...Berdoalah supaya rezeki kita diberikan Nya...
Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments