Perjalanan Pak Din...24 April 2010



Hari ini Pak Din bertolak dari Arau, Perlis menuju ke Kuala Kedah atas urusan melawat tapak Baru pembinaan rumah burung Teman Pak Din di sana.. Tempatnya bertentangan/ dengan Bangunan Pejabat Jabatan Laut. Perjalanan Pak Din kali ini melalui Tambun Tulang, Simpang Empat menuju ke Alor Star dan ke Kuala Kedah. Disepanjang perjalanan Pak LIhat banyak betul rumah-rumah burung yang sedang dibina dan yang telah siap..tumbuhnya bak cendawan..Sebahagian daripada rumah yang dibina ini dengan atasnya rumah burung dan dibawahnya rumah tuan rumah itu sendiri..
Rumah ini pula diperbuat bersekali dengan menara telekomunikasi... buat jangan tak buat... beginilah jika ita tidak ada tanah untuk membina rumah burung kita...buatlah dimana/ atas apa jua..Yang penting sekurang-kurangnya kita ada rumah burung..itulah konsep yang dipakai pengusaha Cina..

Rumah ini telah dibina ditepi jalan di Air Hitam dengan bumbung yang tinggi bertujuan memberi sejuk kepada bahagian dalaman rumah. Mungkin ini boleh dicontohi jika rumah kita terletak di luar kawasan angin ribut..
Rumah ini pula diperbuat daripada Zinclone.. mungkin elok dibina ditepi laut bagi mengelakkan keadaan dalaman yang menjadi panas apabila hari petang kerana ianya menghadap kelaut/ke matahari.. Ianya tahan karat..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments