Sepanjang Perjalanan .......

Bertolak jam 8.00 malam tadi Pak Din bercadang ke Ulu Bernam untuk melawat semula rumah burung yang Pak Din buatkan sistem audionya..Diperjalanan Pak Din singgah ketapak baru rumah burung di kawasan pantai berhampiran Pulau Bunting. Di sana teman Pak Din, seorang pemandu Bas Transnational (Pak Din selalu berulang alik menaiki Bas dari Kedah ke Kuala Lumpur) bercadang membina sebuah rumah burung.
Tapakya sedang ditambak dan cerucuknya sedang ditanam untuk pembinaan sebuah rumah burung berukuran 20'x30'x 3 tingkat. Isteri beliau adalah salah seorang peserta kursus yang pertama dibawah anjuran Jabatan PERHILITAN. Sejak dari tahun 2008 sehinggalah 2010 beliau berusaha mempelajari tentang perusahaan sarang burung layang-layang ini. Dengan minat yang mendalam beliau berjaya memujuk suami dan anak-anak beliau menceburi bidang ini..Alhamdullilah ..
Kini seorang lagi usahawan Melayu akan menceburi bidang ini...SHUKRAN..
Berbalik kepada perjalanan Pak Din ke Ulu Bernam..Pak Din terpaksa berhenti di Tapah R & R untuk tidur jam 1.30 pagi...dah tak larat..mengantuk untuk meneruskan perjalanan. Jam 7.30pagi Pak Din meneruskan perjalanan...sudah jadi kebiasaan Pak Din tidur di jalanan (lebuhraya). Jam 9.30 pagi Pak Din sampai di Ulu Bernam untuk membeli bateri camera Pak Din yang sudah kehabisan power..Pak Din mempunyai appointment untuk berjumpa dengan tuan rumah burung di Ulu Bernam untuk melihat kembali rumah burung yang telah disiapkan minggu lepas.
Dikedai runcit yang Pak Din singgah, Pak Din ditanya nak kemana...biasalah toke-toke kedai kampung..bukan menyibuk tetapi berbudi bahasa..Bila Pak Din ceritakan akan kerumah burung di Ulu Bernam...tuan kedai pun membuka cerita..tentang beribu-ribu ekor burung pergi kerumah Ulu Bernam tersebut... Pak Din hanya mengucapkan alhamdullilah..berjaya juga usaha Pak Din..
Mereka juga bercerita tentang 3 lagi rumah burung kepunyaan bumiputera yang telah siap dibina di Ulu Bernam itu tetapi dah lebih 3 bulan tidak dimasuki burung dan kontraktornya sudah menghilangkan diri..BEGITULAH NASIB PENGUSAHA BUMIPUTERA KITA..KEPADA YANG BARU INGN MENCUBA NASIHAT PAK DIN BERHATI-HATI..JANGAN TERTIPU!
Pada petang 10 April 2010, jam antara pukul 5.00-6.00 pemilik rumah burung di Ulu Bernam menalipon Pak Din menyatakan ALRIGHT>>N OK !!!! kerana begitu banyak sekali burung keluar masuk kerumah beliau sejak Rabu lepas belum seminggu lagi.. KAWASAN INI PALING TOP YANG PERNAH PAK DIN TEMUI..sejak menceburi bidang ini..
Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments