Perjalanan Pak Din ....27 April 2010


Semalam Pak Din bertolak ke Tanjung Karang kerana dijemput melihat tapak pembinaan rumah burung yang baru di sana..Teman-teman Pak Din yang baru diinterview untuk pinjaman TEKUN diminta bersama-sama pegawai dari Jabatan Veterinar yang akan menjalankan uji bunyi di sana..
Pak Din sampai di sana lebih kurang jam 7.45 pagi ..Jam 8.00 pagi Pak Din bertemu dengan teman-teman baru di depan masjid TG Karang...Jam 8.30 lebih kurang 2 orang pegawai dari Veterinar pun sampai.. Kami semua dibawa ke tapak uji bunyi..Pak Din diminta mencuba memasang bunyi- bunyi yang digunakan... TETAPI.. PAK DIN tak dapat berbuat demikian kerana.. peralatan Pak Din sudah habis dibekalkan kepada pelanggan... Pihak Veterinar telah memasang bunyi burung yang mereka ada menggunakan tweeter yang disambungkan ke kenderaan..Tidak banyak burung yang datang..mungkin..bunyinya tidak kuat dan gelombangnya tidak pergi jauh..
Selepas membuat uji bunyi Pak Din diminta melihat sebuah rumah burung yang telah dibina 3-4 tahun yang lepas...tetapi tidak ada burung yang tidur/bersarang didalamnya.. Tuan rumah tersebut telah membuat pinjaman MARA 3/4 tahun lalu dan membina sendiri rumah burung beliau..berukuran 20'x80'x3 tingkat..kos dianggarkan RM 300,000.00.. Kesihan juga Pak Din mendengar keluhannya..kawasan pembinaan mempunyai begitu banyak burung tetapi tiada yang ingin menjengah masuk kedalamnya. Setelah memberi sedikit khidmat nasihat..dan pemilik rumah tersebut bersedia mengubahsuai rumah burung beliau, Pak Din pun meneruskan perjalanan ke Bangi, kerumah yang Pak Din lawati minggu lepas..Pak Din menghantar pekerja Pak Din untuk membuat sedikit pengubahsuaian dalaman rumah beliau yang sudah 6 bulan beroperasi..tetapi cuma ada 3/4 ekor burung saja yang tidur didalamnya..Moga-moga dengan sedikit pengubahsuaian...ada burung yang ingin masuk dan bermalam didalamnya...Pak Din hanya dapat mencuba..
Pada kira-kira jam 4.30 petang Pak Din meneruskan perjalanan lagi ke Sg Karang, Kuantan...seorang teman baru Pak Din dari blog menunggu..meminta Pak Din melawat tapak rumah burung yang bakal dibinanya...Setelah bertemu dan berbincang teman baru Pak Din bersetuju meminta Pak Din membina satu rumah burung bersaiz 20'x30'x3 tingkat..seorang bumiputra lagi bakal menjadi...pengusaha baru..
Pak Din terpaksa tidur di Kuantan kerana telah lewat...keesokkan hari..Pak Din akan bergerak ke Kg Baru, Besut untuk melihat tapak baru di sana..sebuah lagi rumah burung akan dibina di sana dengan ukuran 20'x30'x3 tingkat..TO BE CONTINUED..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments