Perjalanan Pak Din....

Semalam Pak Din dipanggil teman Pak Din dari Bandar Baru dan Tanjung Piandang untuk melihat tapak/rumah mereka, pertamanya untuk kesesuaian membina rumah baru dan satu lagi untuk memasang audio sistem di rumah burung sedia ada. Tapak rumah di Bandar Baru merupakan satu kawasan yang boleh dikatakan lubuk emas putih memandangkan disekelilingnya rumah burung milik pengusaha Cina yang telah lama beroperasi. Berpuluh ribu ekor burung mendiami kawasan ini...dan tapaknya terletak ditengah-tengah kawasan tersebut. Teman Pak Din telah menyatakan hasrat beliau untuk membina sebuah rumah burung kos rendah antara RM 35,000-40,000 menggunakan dinding camboard..dan meminta Pak Din membinanya dalam masa terdekat...Alhamdullilah seorang lagi bakal pengusaha bumiputra akan dilahirkan..
Rumah yang kedua telah pun siap diubahsuai 6 bulan dulu..tetapi malangnya cuma 3/4 ekor burung sahaja yang masuk tidur didalamnya..Beliau meminta Pak Din mambantu mengubahsuai audio sistem dirumahnya supaya lebih banyak burung masuk dan tidur didalam. Sehari dua lagi siaplah... Semalam Pak Din juga telah melawat rumah Hj (bekas Pensyarah) yg telah siap 2 minggu lepas..memandangkan tidak banyak burung yang keluar masuk Pak Din telah menukar bunyi baru...dan mencuba sekali lagi...alhamdullilah beribu-ribu ekor burung telah datang dan keluar masuk kedalam rumah tersebut...dan pagi ini Hj tersebut telah menalipon Pak Din dan mengucapkan ribuan terima kasih....kerana ribuan ekor burung telah datang kerumah burung beliau..Alhamdullilah..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments