Lubuk Emas Putih di Pekan Nibong Tebal




Nibong Tebal merupakan salah satu lubok emas putih bagi penduduknya. Ia terletak di Pulau Pinang... Satu masa dulu Pak Din terbaca cerita di dalam surat khabar berkenaan seorang Cina tua yang tinggal disebuah kedai buruk berkongsikan rumah beliau dengan burung layang-layang gua ini. Itu sekitar tahun 1998 gitu...Agaknya dah jadi jutawan Orang Tua itu ...Teringat lagi Pak Din gambar Orang Tua tersebut...di siang hari termenung dipintu rumah menunggu entah apa...Kalau kita sekarang pastinya mengira burung yang keluar masuk dirumah kita kan?
Terpikir Pak Din alangkah untungnya penduduk di kawasan Pekan Nibong Tebal ini kerana rezeki disini adalah anugerah Yang Esa tetapi sayang bumiputera disini belum menyahut cabaranNya. Disini bangunan usang kini bernilai ratusan ribu ringgit dulunya tidak bernilai tapi habis dijual....dan hampir 90% daripada bangunan disini didiami oleh burung layang-layang dengan anggaran ratusan ribu ekor...... Disetiap petang kita boleh lihat gelap langit dengan penerbangan burung-burung tersebut pulang kerumah masing-masing...ALANGKAH INDAHNYA..SETIAP KICAUANNYA MENANDAKAN DUIT..DUIT..DUIT...untuk tuannya...

Hubungi Kami: 013-4861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments