Kenapa Rumah Anda tidak dimasuki burung atau hanya sedikit..

Ramai yang bertanyakan Pak Din kenapa rumah mereka mulanya bila dipanggil banyak burung yang datang tapi lama kelamaan tinggal sedikit sahaja..SUSAH PAK DIN NAK JAWAB...PAK DIN TAK DER THE MAGIC TONGKAT...YANG PAK DIN BOLEH WAIVE THEN BURUNG PUN MASUK...JANGAN MARAH YA? JOKE JER..
Sebenarnya banyak sebab-sebab kenapa burung tak gemar rumah kita dan tak mahu masuk dan bermalam di rumah kita..TIDAK ADA WARANTY 100% RUMAH KITA AKAN DIMASUKI BURUNG APABILA TELAH SIAP..JANGANLAH PERCAYA MELULU JIKA ADA ORANG DATANG KEPADA KITA UNTUK MEMBINA RUMAH KITA DENGAN HARGA YANG BEGITU MAHAL DAN MENGATAKAN SAYA GERENTI 100% BURUNG AKAN MASUK...ITU BUKAN KUASA SESIAPA KECUALI YANG MAHA ESA...
Seperti yang Pak Din katakan dulu..dalam posting yang lepas-lepas..
  • tengok dulu kawasan rumah kita, dimana letaknya jika rumah sudah dibina-kawasan yang macam mana? kalau kawasan sudah memang sesuai contoh tanah lapang, sawah padi, kawasan pertanian...kawasan yang tip top untuk keliaran burung..then pergi kepada persoalan ke 2
  • Burung banyak kenapa burung masih tak mahu masuk dan singgah dirumah kita? Bagaimana dengan pintu masuk? Menghala kemana? Cukup luas? Kalau burung nak masuk sesuai tak pintunya? kalau dah masuk cukup luaskah kawasan legarnya? Kalau dua tingkat adakah pilihan mereka untuk mencari tempat yang lebih sesuai untuk tidur..senangkah mereka turun kebawah..kalau dah turun bolehkah mereka cari jalan keluar semula dari rumah itu? kalau semuanya ok..pergi kepada persoalan ke-3
  • Kita tengok kepada keadaan sekeliling rumah...selesakah mereka? ada musuh tak disekitar rumah, Bolehkan musuh masuk kedalam rumah burung tersebut? Atau potensi musuh menunggu diluar rumah untuk menakutkan mereka? Jika semua ok..tak der masalah..masuk ke persoalan ke 4
  • Bunyi yang digunakan ok tak? adakah bunyi gaduh? bunyi mengawan? bunyi anak? berbual sesama sendiri? atau apa? Buatlah pemerhatian keatas rumah anda,,kalau yang datang hanya mematuk speaker, tu panggilan gaduh namanya...then tukarlah bunyi yang lebih sedap...Kerana mereka hidup secara bercommunity..bunyinya mesti yang sebaliknya..Semunya ok..pergi ke 5
  • Sistem audio macam mana? pancaran suara bagaimana..boleh pergi jauh? untuk memanggil? Ada halangan-halangan? cuba selesaikan..kalau bunyi tak sedap tukar speaker yang lebih canggih, wire tak boleh tanpung speaker..tukar wirenya! kalau player tak bagus..suara garuk semacam..tukar speaker..PEMERHATIAN PENTING DAN KITA KENA SENTIASA BERPIKIR UNTUK MENAMBAHBAIK..
  • KALAU semua dah ok..burung masih tak masuk...then Pak Din nasihatkan berdoalah banyak-banyak. Lebihkan solat sunat Dhoha..meminta rezeki DARIPADANYA..Even jutawan burung layang-layang di INdonesia yang telah lama berkecimpung dalam perusahaan ini beri NASIHAT DEMIKIAN..walau pun dia bukan beragama Islam...Masih belum sampai masa kita diberikan REZEKI..
  • Suhu dan humiditi bukan penentu rumah kita dimasuki burung..jadi jangan risau dulu.. bila dah masuk dan nak bersarang...baru pikir pasal suhu n humiditi..
  • JIKA SEMUANYA SUDAH DILAKUKAN FIKIR-FIKIRKAN LAH APA LAGI YANG TAK KENA??? MUHASABAHLAH DIRI.... MUNGKIN ADA YANG MASIH BERHUTANG DENGAN PAK DIN?? SERIBU, DUA RIBU, TIGA RIBU ATAU BELASAN RIBU ATAU PULUHAN RIBU....
Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments