Kenapa hanya 60+% sahaja anak burung menetas dan membesar menjadi dewasa...

Tahukah anda kenapa daripada kajian-kajian yang telah dijalankan, cuma lebih kurang 60% sahaja yang berjaya membesar menjadi dewasa??
Sebelum ini Pak Din selalu katakan bahawa suhu dan humiditi tidak penting pada permulaan rumah burung kita dibuka..Pak Din pernah melawat rumah-rumah yang mempunyai banyak burung tetapi suhu dan humiditinya tidak menepati keperluan.. Burung-burung ini bersarang beratus-ratus banyaknya..Ini yang membuatkan Pak Din berkata seperti diatas...jangan risau dahulu jika suhu rumah kita terlalu panas atau kering..
Walaubagaimana pun jika rumah kita sudah ada burung tidur didalamnya maka suhu dan humiditi masa ini amat penting kerana ia bakal menentukan sarang-sarang yang dihasilkan, bentuk dan kualitinya. Ia juga menentukan produktiviti rumah kita kelak. Sarang mungkin berkualiti rendah atau pembiakan akan menurun disebabkan kematian anak-anak burung yang bakal ditetaskan.
Penentu dalam rumah bagi peratus penetasan adalah suhu dan humiditi.. Jika suhu tinggi sarang terlalu cepat kering, anak-anak akan melekat pada sarang samada bulu, kaki atau even kepala jika baru menetas. Ibu/Bapa burung juga tak selesa sebab banyak bulu akan melekat pada sarang..

Jika humiditi terlalu lembap pula..sarang susah untuk melekat di papan dan anak-anak atau telor akan jatuh kelantai. Ini akan menyebabkan kadar kejayaan pembiakan menurun. Bayangkan kalau dalam keadaan yang ideal...burung kita mungkin dapat bertelor sehingga 3-4 kali semusim..berapa ramai anak-anak burung yang kita perolehi dalam semusim..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments