KENA TIPU LAGI...

Semalam Pak Din menerima panggilan talipon dari seseorang yang tak dikenali...beliau mengucapkan tahniah pada Pak Din. Terkejut juga Pak Din kenapa...bila ditanya lebih lanjut dia pun menceritakan bahawa dia adalah pelayar blog Pak Din. Katanya dia banyak belajar dari informasi yang Pak Din paparkan dalam Blog Pak Din... Alhamdullilah kerana usaha Pak Din dapat membantu ramai kawan-kawan di luar sana yang berminat menceburi bidang ini..

Selepas mengenalkan diri beliau pun menceritakan tentang seorang kawan beliau yang tinggal di Kuala Gula, Perak. Sambungnya...kawannya telah meminta seorang konsultan Cina untuk membuat renovation rumahnya (rumah papan) dengan kos keseluruhan RM 60,000. Ermmm...pikir Pak Din kalau kos sebegitu dah boleh buat rumah batu baru 2 tingkat sekurang-kurangnya 20'x30'x18'. Kesihan beliau..pikir Pak Din..TERKENA LAGI...Duit habis tapi burung tak masuk/banyak..

KALAULAH DICATURKAN..RUMAH KAYU SETINGKAT..papan plywood untuk tutup dinding sedia ada, mungkin tikar getah utk lantai supaya tak masuk cahaya, polystrene untuk dinding dan atap, siling, papan pembiakan dan sistem...kos nya sebegitukah?....Entahlah..mungkin barang mahal di Kuala Gula kot...dan semestinya kos konsultant yang paling tinggi..sebab jauh nak sampai kesana dengan jalannya yang berlobang-lobang...disebabkan lori bawa kerang hari-hari..

Pak Din teringat masa melawat Pusat Konservasi Burung-burung Laut, Jabatan PERHILITAN dahulu, ramai pengusaha Cina membuat rumah burung mereka di situ. Banyak kedai-kedai yang baru disiapkan ditukar jadi rumah burung..Tapi tak nampak pulak rumah burung milik kaum Bumiputra...tempatnya memang bagus...tepi laut..Alhamdullilah ada juga seorang kawan teman diatas yang telah sedar akan potensi industri ini..Tak Ngapalah tertipu sekali..diharap orang lain akan lebih peka bila ingin menceburi bidang ini...

Jangan cepat terpedaya dengan cerita-cerita yang MANIS/MEMBERANGSANGKAN..CUBA SELIDIK DULU..BUAT COSTING DULU..CARI COST TERMURAH..cubalah bayangkan rumah kita pun tak sampai harga tu...kenapa rumah burung sebegitu mahal..sedangkan rumahnya rumah kosong. Cubalah cari di sekeliling kalau-kalau ada kos konsultant yang lebih munasabah..

Itulah nasihat Pak Din...bukan Pak Din suruh panggil Pak Din untuk buat rumah tu..tak DAYO Pak Din nak pi semua tempat..longgar habis sekeru kereta Pak Din..terbang sana terbang sini..Tapi Pak Din cuba beri kesedaran kepada sesiapa yang berminat...Baca dulu...siasat kebenarannya..TANYA KAWAN-KAWAN..Pak Din menulis melalui pengalaman dan Pak Din terjemahkan kepada rumah-rumah yang Pak Din bina/bantu..TRIAL N ERROR..
JOM SAMA-SAMA KITA KONGSI PENGALAMAN DI CHATBOX PAK DIN..

Di akhir kalam..kawan yang baru Pak Din kenali tu juga menceritakan beliau juga telah tertipu...mulanya rumah beliau banyak didatangi burung tapi kini hanya beberapa ekor sahaja yang datang..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments