Bagi Yang Kurang Memahami...Bacalah!!!


Ramai yang mengganggap rumah burung perlu digelapkan segelap-gelapnya untuk burung layang-layang memasukinya...

Kebenarannya burung tidak pernah meminta untuk rumah yang gelap..Secara naturalnya mereka memilih untuk tempat bersarang yang lebih cerah daripada spesies "Black-nest Swiftlets".. Di gua-gua seperti Gua di Pulau Redang, Terengganu, gua-gua di Pulau Tinggi, Johor, burung layang-layang ini boleh didapati tidur dan bersarang dipintu gua sementara di dalam gua spesies "Black-nest swiftlets pula yang bersarang.. 


Di dalam rumah yang didiami manusia mereka memilih untuk bersarang di ruangan tamu di mana terdapat "corner-corner" yang sedikit tersembunyi..tetapi masih di tempat yang terang.. En Saif dari Kelantan juga menceritakan tentang sebuah rumah yang dipenuhi dengan burung tidur dan bersarang, kita boleh membaca surat khabar didalamnya..
Jadi keperluan menggelapkan rumah kita tidak mendesakkan??


Seorang Cina tua di Nibung Tebal tinggal bersendirian di sebuah rumah kedai yang telah lama, berkongsi rumah dengan si burung yang datang menumpang...juga  burung bersarang di tempat terang..Cina tua tersebut juga tidak pernah menggelapkan rumahnya untuk memanggil si burung tidur dan membiak di dalamnya.

Tahukah anda??? hanya binatang dan burung yang mencari makan di waktu malam atau dengan kata lain aktif di waktu malam saja yang nampak untuk terbang di dalam gelap. Mata mereka khas untuk melihat di dalam gelap...burung layang-layang tidak terbang malamkan? jadi bolehkah mereka terbang di dalam gelap??  Ramai yang bertanya kenapa burung mereka tidak terbang sehingga ke bawah..tingkat bawah rumah mereka..cuba fikirkan bolehkan mereka nampak untuk turun kebawah? Jika mereka berbuat demikian, bolehkah mereka keluar semula? atau kelak akan mati kelaparan di dalam rumah kita?? 

JADI HAIRANKAH ANDA KENAPA MEREKA TIDAK MAHU TURUN HINGGA KE BAWAH DI RUMAH YANG GELAP GELITA??.... JADI FIKIR-FIKIRKANLAH TUAN/PUAN SEKALIAN.. KALAU TAK PERCAYA PERGILAH MELAWAT DI PULAU REDANG YANG MASIH PUNYA BURUNG DI GUANYA..ATAU TALIPON ISTERI PAK DIN YANG PUNYA PENGALAMAN HAMPIR 30 TAHUN DALAM BIDANG BURUNG...NAK NOMBORNYA TANYALAH PAK DIN..


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments