Kawasan mencari makan burung layang-layang..


Sawah padi kawasan popular untuk burung layang-layang mencari makanan...jika anda punya sedikit wang..laburlah di sini untuk masa depan anda dan keluarga..

Kenapa Pak Din katakan begitu?? Sudah banyak rumah burung yang dibina di kawasan sebegini menunjukkan hasil yang amat baik sekali..

Kejayaan menjadi habuan bagi pengusaha-pengusaha yang mula
menceburkan diri di kawasan sebegini.. Bagi yang menjadi pioneer di tempatnya, kejayaan dicapai dalam masa 1-2 tahun sahaja. 2-4 kilo bagi permulaan tuaian.. Lumayankan??

Itulah sebabnya pengusaha-pengusaha Cina berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkan tanah dengan membeli, menyewa, memajak dan sebagaianya bagi membolehkan mereka membina rumah burung.. Tak kiralah bila hasil akan dapat dipungut.. JANJINYA mereka boleh melabur di kawasan sebegini..

Kawasan Yan, Air Hitam, Pendang, Jitra dan lain-lain kawasan sawah padi di Utara Kedah dan di Perlis menjadi tumpuan RBL2 ini. Di Selangor-Sekincan menjadi tumpuan sementara di Perak, Setiawan juga menjadi tumpuan...

Kebanyakkan tanah-tanah sawah secara tradisionalnya adalah milik pengusaha Melayu..tetapi kenapa masih tidak ramai orang-orang Melayu yang menceburkan diri?? Tidak cukup wang?? Ya mungkin..tetapi kini peluang sudah diberi untuk mendapatkan dana dari bank-bank pertanian di seluruh negara.. Mungkin tanah yang ada boleh dicagarkan untuk pembinaan rumah burung ini??

Tetapi mungkin ada yang masih was-was?? bagaimana untuk membayar balik pinjaman jika pelaburan tidak mendatangkan hasil?? INGATLAH SEBELUM BERUSAHA KITA TAKKAN TAHU BERJAYA KE TIDAKKAN?? CUMA SATU YANG PERLU KITA TAHU..DALAM APA JUA PELABURAN..ADA "RISK"NYA.. tetapi jika kita mencuba dengan "mata celik" yakni dengan berbekalkan pengetahuan dan maklumat..INSHA ALLAH KEJAYAAN PASTI MILIK KITA..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments