Jangan Malu Bertanya Jika Kita tak Tahu..

Bertanyalah jika tak tahu..ramai diluar sana yang sedia membantu...Bila orang beri pendapat dengarlah jangan berlagak SOMBONG..JANGAN SAMPAI ORANG KATA KITA NI BODOH SOMBONG...yang ruginya kita..orang tidak rugi apa-apa..
Satu ketika dulu Pak Din telah melawat rumah burung ini...kira-kira dua tahun lepas. Pertamanya masa itu Pak Din tengah mencari rumah burung milik Bumiputra kerana membantu pihak PERHILITAN untuk dijadikan rumah kajian dan rumah angkat Jabatan PERHILITAN..Pada satu hari pihak PERHILITAN telah sampai disini..kira-kira tengah malam juga..sebab terlambat dan tersangkut lama dirumah yang Pak Din posting terdahulu..(Rumah angkat pertama PERHILITAN..)
Sampai sahaja di sini.. tuan rumahnya telah tidor mungkin..kami pun memberi salam..setelah bercerita tujuan kami ke sini..jelas kelihatan reaksi tuan rumahnya..Kami hanya dibenarkan melihat-lihat dari luar sahaja...KATANYA RUMAH ITU MILIK BERSAMA ANTARA 3 ORANG DAN beliau telah diamanatkan untuk menjaganya.. dan diteruskan cerita...orang/beliau sendiri yang mahu masuk kedalam rumah burungnya itu kena mandi, bersolat dulu..dan macam-macam pantang larang lagi...yang tak pernah kami dengar..KONONNYA TAKUT BURUNG MERAJUK..
Pihak pegawai-pegawai Jabatan PERHILITAN cuma menyatakan yang mereka hanya datang dengan tujuan ingin membantu..dan oleh kerana tuan punya rumah tersebut menyatakan rumahnya telah banyak didiami burung dan dah berkilo-kilo sarang yang telah dikutip dan dijual..mereka pun meminta diri... tetapi sempat meminta kebenaran melihat disekeliling rumah..
Apa yang dilihat dimasa tersebut..langsung tiada bunyi dari dalam rumah tersebut yang menunjukkan rumah itu ada penghuni..Pihak Pegawai Jabatan hanya melihat sesama sendiri dan menggelengkan kepala....dalam fikiran masing-masing agaknya berkata...NAK TIPU PUN BIARLAH ADA STYLE SIKIT.....ERMMMM
....Gambar selingan
Tidak berapa lama selepas itu Pak diberitahu oleh kenalan...sebenarnya rumah tersebut dipunyai oleh salah seorangnya yang mengaku dirinya "consultant" rumah burung..
Semalam Pak Din memandu melintasi rumah tersebut dan terkejut juga Pak Din melihat rumah burung tersebut agak suram dan dikelilingi begitu banyak pokok kelapa yang lebih tinggi daripada rumah burung tersebut..Terpikir Pak Din...masih kosongkah rumah tersebut? atau telah dipenuhi dengan sarang burung layang-layang??? Jawapannya entahlah.. Untuk melihat pintu masuk burung kerumah tersebut Pak Din memandu kejalan belakang. Dari jauh Pak Din cuba melihat pintu masukny tetapi tidak kelihatan....Terpikir Pak Din apakah pintunya menghadap ke pokok-pokok yang banyak didepannya? Jawapannya juga ENTAHLAH..
JIKA burung masih belum memasuki rumah ini.....erm alangkah sayangnya...beribu-ribu ekor burung boleh kelihatan di sini di waktu petang..mencari makan disekitar rumahnya itu..dan berapa banyak rumah-rumah baru yang tumbuh disekitarnya sejak 2 tahun lepas..tentunya jika beliau tidak bersikap SOMBONG dulunya...tentunya rumah beliau sekarang punya sarang tak kurang dari 2 kilo sekali pungut...
Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments