Selingan.. Syurga .Kaki pancing...

Jambatan yang dibina di era PM yang kelima dulu terentang indah dari Yan ke Pulau Bunting tidak digunakan kecuali oleh Para Pemancing. Ia dikatakan syurga bagi pemancing yang GILA memancing.. Pemandangan disini amat menarik sekali.

Sejauh mata memandang ...agaknya perbelanjaannya beratus juta ringgit..tidak diketahui apa tujuan ianya dibina tetapi memang cantik!! disebelah petang ketika air makin pasang, anginnya sejuk sekali..

Tidak jauh dari sini, kira-kira sekilometer sahaja, pemilik tanahnya seorang pemandu bas TRANSNATIONAL (kawan Pak Din ketika berulang alik dari Sg. Petani/Alor Star ke Kuala Lumpur) telah meminta Pak Din untuk membina sebuah rumah burung berukuran 20'x30' tiga tingkat. Bangunan 3 tingkat ini akan menggunakan kemasan dalamannya ala gua dengan berbilik-bilik. Kemasan cara ini dijangka akan menarik lebih cepat burung masuk kedalamnya/keseluruhan bangunannya. Kawasannya amat sesuai sekali, sawah padi dan tepian pantai...Kini kerja-kerja menambun tanah dan menanam cerucuk bakau telah siap dijalankan. Kerja-kerja membuat tapak sedang dijalankan dan dijangka rumah burung ini akan disiapkan dalam 45 hari..INSHAALLAH..

Berhampiran dengan tanah tersebut tersergam sebuah rumah burung milik pengusaha Cina yangt telah lama beroperasi dan telah memperolehi hasil sarang burung layang-layang sehinga 12 kilo sebulan.


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments