Burung Layang-layang Gua ganggu penduduk???

Kerapkali kita mendengar isu-isu yang timbul di dada-dada akhbar berkaitan burung layang-layang gua ini mengganggu penduduk...samaada dibandar atau didesa...Apakah betul? Apa gangguan yang diberikan oleh burung-burung ini kepada jiran-jiran tuan rumah burung tersebut? Adakah najisnya mendatangkan penyakit?..Pak Din tak rasa demikian. Daripada apa yang dibaca di dada akhbar atau lapuran oleh pihak Veterinar..kajian yang dijalankan tidak pernah menunjukkan burung ini membawa sebarang penyakit..Mengikut habit burung ini yang tak pernah menjejakkan kaki dimana-mana permukaan..bagaimana mungkin ianya boleh mendapat penyakit? Allah memberikan ianya kuasa untuk terus menerus terbang tanpa henti hinggalah ia masuk kerumahnya..
Di segi bunyi?...ermmm..banyak lagi burung-burung lain yang mengeluarkan bunyi yang lebih kuat..kenapa tiada masalah pada yang mendengarnya?? Mungkin bunyi yang dimainkan itu yang terlalu kuat...tapi kenapa burung ini pulak yang dipersalahkan?? Pelikkan?? Pernah Pak Din melawat satu rumah disebuah pekan di Kelantan.. salah sebuah kedai makan yang terdapat pekan tersebut merungut..rumah jirannya yang dijadikan rumah burung mengeluarkan bunyi bising...tapi apa yang Pak Din amati..kedainya terletak betul-betul ditepi trafik light yang amat sibuk sepanjang hari dan malam..Terpikir jugak Pak Din..jika lori-lori melalui didepan kedainya..tentu bunyinya lebih bising kan? Tentu tak boleh tidur agaknya sepanjang malam..
Najis burung ini juga kadang-kadang dipersoalkan..dikatakan kotor...Setahu Pak Din najis burung ini cuma dapat dilihat di dalam rumah burung..itupun kalau rumah tersebut telah lama beroperasi dan rumah telah dipenuhi sarang-sarang burung..Rumah-rumah brurung di Semenanjung Malaysia biasanya dibersihkan dan dikutip untuk dijual..Mana pulak boleh busuk? Tapi kebanyakkan orang yang mengadu itu tidak kenal pun mana satu burung layang-layang gua ini..yang mereka ingat burung yang banyak bertenggek kat talian letrik atau pokok diwaktu malam itulah burungnya...
Itulah manusia...Pak Din rasa jika mereka yang tak puas hati ini jika diberi peluang dan modal untuk membuat rumah burung ini juga..takkan ada yang membuat bising kan? siapa yang tak mahu duit??
Pak Din rasa sifat cemburukan rezeki orang lain itu yang lebih membuatkan orang membuat aduan demi aduan..tentang burung layan-layang ini..


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments