Berita Gembira buat 2 Pengusaha Baru di Ulu Bernam...

Tepat jam 6.00 petang tadi bersamaan 6 April 2010, rumah burung ini telah mula beroperasi. Setelah Pak Din diberi mandat untuk memasang sistem audionya pada minggu lepas, dua orang pekerja telah dihantar untuk memulakan operasinya. Semalam Pak Din dikejutkan dengan berita salah seorang pekerja Pak Din telah ACCIDENT..jatuh tangga di dalam rumah burung tersebut.
Pak Din bergegas pada malam semalam ke Ulu Bernam tetapi tertidur di Lebuhraya Utara Selatan, cuma pagi ini 6 April 2010 Pak Din sampai dan diberitahu oleh Kawan Pak Din yang membantu menyelia rumah tersebut, beliau telah dibawa ke hospital... Alhamdullilah.. Pagi tadi pekerja dihantar keklinik pakar.. Beliau terpaksa dibawa balik untuk treatment seterusnya..
Walaubagaimana pun berkat kerja keras pekerja Pak Din pemasangan sistem audio dapat disiapkan pada hari ini.. Beribu-ribu ekor burung telah datang menyerbu rumah pengusaha ini... Alhamdullilah.. satu lagi kejayaan bakal dicapai.
Pemiliknya belum lagi diberitahu tetapi Pak Din agak beliau tentunya bersyukur kerana hutang yang dibuat di MARA terpaksa mula dibayar pada Oktober 2010 ini...Pak Din mengharapkan pemiliknya masih punya duit yang dihutang untuk membuat pembayaran awal kerana sarang-sarang jika mula dibina..mestilah dikutip sekurang-kurangnya selepas setahun untuk memberi keselesaan kepada burung-burung tersebut..
Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments