ALHAMDULLILAH..

Rumah usahawan baru di Tanjung Piandang sudah pun siap semalam (1 April 2010). Jam 6.00 petang bunyi mula dimainkan..Tak banyak yang datang berkunjung pada petang semalam...mungkin disebabkan masa telah lewat..dan burung-burung yang sudah punya rumah itu telah balik kerumah masing-masing.. Walaupun demikian 2 ekor burung telah masuk menjengah kedalam...walau pun mereka keluar balik selepas itu..Pak Din juga segembira usahawan kita kerana pada petang yang sama ianya dibuka...ada yang telah menjengah masuk..SYUKURLAH...
Pak Din kemudiannya diajak Tuan Haji (tuan rumah) untuk bersolat berjemaah dirumahnya bagi menyatakan kesyukuran...ALHAMDULLILAH harapan Pak Din dan tuan rumah..MOGA BERJAYA usaha kami..kemudian Tuan Hj berbelanja besar untuk Pak Din makan di Parit Buntar..selepas itu Pak Din pun bertolak pulang kerumah dengan rasa lega..
Pagi ini 2 April 2010, jam 8.30pagi..Tuan Hj telah menalipon Pak Din menyatakan rasa gembiranya melihat begitu banyak burung yang datang berlegar-legar di atas rumah burung beliau dari seawal jam 7.00 pagi dan ALHAMDULLILAH..BERKAT DOA KAMI..LEBIH DARI SEPULUH EKOR TELAH MASUK/KELUAR KEDALAM RUMAH..
Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments