Tips Pengurusan Rumah/Sarang Burung Anda...

Rumah burung anda memerlukan pengurusan yang baik apabila burung telah mula bersarang didalamnya. Anda perlu lebih perihatin tentang suhu dan humiditi didalamnya. Jika tidak dijaga dengan betul sarang burung anda mungkin mengandungi terlalu banyak bulu yang melekat, samaada bulu anak atau bulu ibu/bapa.

Suhu yang terlalu panas pastinya akan menyebabkan air liur yang dihasilkan untuk dijadikan sarang akan cepat kering menjadikan bulu melekat dengan senang. Suhu juga menentukan bentuk sarang yang dihasilkan... mungkin out of shape..harganya akan menurun! Kemungkinan anak juga boleh melekat pada sarang menyebabkan anak cacat-putus kaki umpamanya atau patah sayap dan sebagainya. Sebaik-baiknya catatkan suhu dan humiditi rumah burung anda supaya kelak anda akan tahu apakah suhu dan humiditi yang terbaik untuk dapatkan sarang yang terbaik..Ini merupakan kajian anda.

Humiditi juga memainkan peranan yang penting pada rumah burung anda..humiditi yang terlalu tinggi akan menyebabkan sarang susah melekat pada papan pembiakan. .menyebabkan sarang boleh jatuh ke lantai dan anak juga boleh mati..Yang mesti anda ketahui anak yang jatuh tidak punya harapan untuk hidup kerana ia tidak dapat terbang semula dan hinggap disarang...KEUPAYAAN MEREKA TIDAK ADA UNTUK BERBUAT DEMIKIAN!!!..IBU/BAPA AKAN MENGGANGAP ANAK MEREKA TELAH MATI!!..kecuali anda memungut dan memeliharanya sendiri..Ini merupakan satu kerugian untuk kita.

Di samping menjaga suhu dan humiditi, anda juga perlu membuat sedikit kajian dan catatan dalam rumah burung anda.. sebaik-baiknya sarang pertama dan seterusnya ditanda dengan nombor tertentu mengikut kreativiti anda supaya anda tahu sarang mana yang telah mencapai usia sekurang-kurangnya setahun..bermakna pasangan pertama telah hidup dan membiak di rumah anda selama setahun..mereka sudah selesa didalamnya...dan sarang tersebut bolehlah diambil dan disimpan/dimakan..Ini akan memberi peluang kepada pasangan tersebut membuat sarang baru pada tahun berikutnya. Perkara yang sama perlu dilakukan kepada sarang yang kedua, ketiga dan seterusnya.

Di samping mengetahui burung-burung anda, penandaan sarang akan memberi anda idea bila burung telah bertelor, menetas dan juga boleh terbang. Ini dapat memberikan indikator bila sarang boleh dikutip..tanpa mengganggu kehidupan anak-anak burung tersebut..Jangan risau jika anda terlewat mengutip sarang selepas setahun anda bersabar..kerana kelewatan anda akan memberi peluang kepada pasangan burung anda untuk bertelor lebih dari satu kali dalam musim tersebut..populasi burung anda akan meningkat dengan lebih cepat...lebih tinggi populasi...lebih banyak sarang dikemudian hari kelak..

Gunakan satu buku khas untuk mencatat data-data yang anda perolehi dan semak selalu..supaya anda lebih faham akan burung-burung anda!!

Sarang yang anda kutip pastikan disimpan dengan baik..pastikan ianya kering...jangan dijemur pada terik matahari..kerana ia boleh rosak..keringkan melalui angin/udara bilik apabila telah kering masukkan kedalam plastik yg ada zip-lock (kedap udara) simpanlah 1-10 tahun tak ada masalah..apabila telah banyak (1 kilo) mungkin anda boleh keluarkan dan buat pembersihan..tak perlu nak buat satu-satu..takut ianya tak kering dan berkulat..nilai akan jatuh!!

Ingatlah tidak ada kutipan sarang yang dibuat setahun sekali atau semusim sekali...ianya bergantung kepada anak-anak yang telah besar dan berupaya terbang!!

Anda boleh gunakan cermin muka yang diikat pada kayu (inovasi sendiri). Kayu panjangnya mengikut ketinggian sarang anda..cermin diletakkan pada bahagian atas sarang utk lihat sarang punya apa?? anak? telor? atau pemangsa..? dan catatlah finding anda di dalam buku khas..untuk panduan anda..DALAM PENGURUSAN RUMAH ANDA..SELAMAT BERJAYA

Hubungi Kami: 013-4861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments