Tip Pengurusan Rumah Burung Layang-layang Gua

Ketahuikah anda bahawa rumah burung yang anda bina memerlukan pengurusan yang berkala?
Memang ramai yang mengatakan paling senang menjadi pengusaha rumah burung layang-layang kerana pelaburannya hanyalah sekali saja dan hasilnya kita dapat tuai sehingga ke anak cucu...BETUL TU..TETAPI..PENGURUSAN RUMAH JUGA PERLU DIJALANKAN SECARA BERKALA..Jadi pastikan anda tahu apa yg perlu dibuat..
Pertamanya anda perlu tahu serba sedikit mengenai keperluan rumah burung anda..
Berapa suhu yang baik dan humiditinya? Cuba manitain suhu dan humiditi tersebut.supaya ianya sentiasa constant dan sesuai utk burung..burung akan senang hati tinggal didalamnya jika sudah ada burung didalamnya..Suhu dan humiditi yang baik akan juga menjadikan sarang yand dibina sentiasa pada tahap yang baik dan qualiti yang dikehendaki..
Jadi jika anda menggunakan ventilator atau humidifier, pastikan ianya berjalan mengikut timer yang diletakkan..pelajari bagaimana kesemuanya berfungsi supaya anda boleh menyelenggaranya sendiri dan tak perlu memanggil pembekal atau pembina rumah anda setiap kali rosak atau mulfunction..kerana itu semua akan melibatkan kos dan mengganggu rumah burung anda..
Train someone drp relatives atau pekerja anda untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaran jika anda tinggal jauh dari rumah burung anda..atau make it a point anda melawat rumah anda setiap bulan..
Keduanya
Jika rumah anda menggunakan kolam air untuk meningkatkan humiditi, pastikan airnya sentiasa bertukar supaya tidak menarik nyamuk utk bertelor dan membiak didalamnya..INi kelak akan membahayakan diri anda sendiri dan juga anak-anak burung anda jika mereka telah mula membiak.
Ketiganya
Pastikan rumah anda sentiasa berih dari najis burung yang berlonggok-longgok. Bersihkan ianya sebulan sekali ketika tidak ada burung di dalamnya atau ketika burung anda telah keluar mencari makan. Buat pemerhatian jam berapa mereka keluar dan masuk semula..kerja-kerja pengurusan jangan dibuat ketika mereka berada didalam. kerana ini kalau dilakukan selalu akan mengganggu keselesaan mereka.
Keempatnya
Pastikan tiada makhlok perosak di dalam rumah burung anda. Lipas, Cicak, anai-anai dan lain-lain mesti sentiasa dipantau supaya mereka tidak mengganggu burung-burung anda.
Kelimanya
Anda perlu sentiasa membuat penelitian dan pengamatan akan burung-burung anda supaya anda mempelajari dengan lebih mendalam keperluan mereka dan apa yang terbaik untuk mereka supaya anda mendapat pulangan yang lebih di masa hadapan. dan pastikan burung anda sentiasa kekal didalamnya dan dalam masa yg sama menarik lebih ramai burung lain kedalamnya....SELAMAT MENCUBA..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments