Rumah lama/buruk dijadikan rumah burung....

Sebahagian besar dari kita tidak mengetahui tentang industri sarang burung layang-layang gua dan jika tahu pun hanya sekadar perindustrian ini terlalu mahal dan hanya mampu untuk diceburi oleh orang-orang yang kaya atau berduit banyak. Semasa kami melawat projek kami di Ulu Bernam tempoh hari, kami melihat banyak rumah-rumah buruk yang ditinggalkan tanpa dibuat apa-apa.
Daripada tinjauan dan temuramah kami dengan seorang penduduk kampung disitu, kami diberitahu ada yang memajakanynya kepada orang lain dengan harga yang amat murah. Orang yang memajakkan itu berkemungkinan membayar satu harga yang sedemikian untuk 20-30 tahun bagi dijadikan rumah burung.
Amatlah menyedihkan seorang yang punya aset yang begitu bernilai membiarkan orang lain memilikinya sehingga bertahun-tahun lamanya..Katakan dengan harga RM 10,000 untuk jangka masa yang sedimikian, orang yang memajakkan itu boleh mendapat pulangan RM 4,500 dalam 1-2 tahun (1 kilo sarang), untuk tahun ketiga hingga ke-10, berapakah nilai rumah itu..????
Jika andalah orangnya...tentu pada masa itu sudah rasa terkilan, duit RM 10,000 yang didapati terdahulu sememangnya sudah habis dibelanjakan! dan anda hanya mampu melihat dengan lelehan air liur hasil tuaian orang yang memajakkannya daripada anda..tanpa dapat berbuat apa-apa..kerana mungkin sudah terikat dengan perjanjian melibatkan lawyer dsbgnya.
Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments