Rumah Lama Kini DiKomersilkan Dengan Teknologi Baru.

Sebuah rumah Kampong yang lama tidak diduduki di Tanjung Piandang,Perak kini sedang diubahsuai oleh Pak Din pada kos RM25,000 untuk dijadikan sebuah rumah burung. Pemilik rumah lama ini ialah seorang Bekas Pensyarah MPSI. Beliau telah lama berminat dengan rumah burung ini kerana katanya, di Tanjung Piandang ini telah ramai pengusaha Cina yang membinanya. Rumah-rumah mereka terdiri daripada rumah kedai lama/baru, rumah kampong yang dipajak dari pemilik Melayu dan sebagainya. Di sini rumah-rumah burung ini telah tumbuh bak cendawan...Kata beliau sejak terbaca laman blog Pak Din beliau mula tertarik untuk menceburinya. Dua Minggu lepas Pak Din telah bertemu dan berbincang dengan beliau untuk ubah suai rumah di atas dan kemudiannya membina sebuah rumah baru 3 tingkat berhampirannya.
Dua tiga hari selepas berjumpa, HJ.(bekas pensyarah) bersama-sama anak-anak dan isteri telah berjumpa Pak Din sekali lagi dan dibawa melawat sekitar rumah-rumah di kawasan Yan dan Guar Chempedak yang Pak Din bantu. Beliau terus JATUH CINTA.. mana tidaknya semua rumah-rumah tersebut mempunyai burung yang banyak keluar masuk di waktu petangnya. Alhamdullilah selepas itu Hj terus membuat keputusan untuk mengubahsuai rumah lama yang beliau miliki tersebut secepat mungkin.
Rumah beliau dijangka akan beroperasi minggu depan setelah dinding papannya diubahsuai untuk menjadi sejuk di siang hari, siling dipasang, tingkap-tingkap ditutup dan lubanglubang angin dibuka.. pintu masuk burung sedang dibina (seorang pekerja sedang berkerja-ambar diatas)
Rumah lama ini terletak membelakangkan kawasan sawah yang luas. Di waktu petang terdapat banyak burung layang-layang ini berkeliaran mencari makan. Kami berdoa usaha kami akan membuahkan hasil dalam masa yang sesingkat-singkatnya.
Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments