Pendekatan 3 suara..

Sejak menceburi bidang perusahaan burung layang-layang ini Pak Din telah banyak mencuba untuk penambahbaikan. Mula-mula dulu Pak Din hanya menggunakan satu suara bagi memanggil burung untuk masuk kedalam rumah yang telah siap dibina. Ada yang mendatangkan hasil (ok) dan ada yang kurang memuaskan. Jika kawasan yang (rumah) dibina dikawasan sawah padi...ermmm..oklah ada burung yang masuk pada hari pertama.
Pak Din juga ada membantu kawan-kawan yang memohon bantuan melalui telefon dan berjumpa..alhamdullilah rumah yang telah lama dibina tetapi tidak dimasuki burung sedikit menunjukkan hasilnya.Sekarang kebanyakkannya telah mempunyai sarang.
Sejak itu Pak Din mula meng'compose' bunyi-bunyi dari pelbagai sumber. Menggunakan perisian komputer yang didapati secara percuma..Pak Din mula jadi komposer...Rumah-rumah baru yang dibina disekitar kawasan sawah padi di Kedah, dicuba dengan bunyi-bunyian baru ini..Nada dan pitching digubah dan diubah-suai sehinggalah penggunaannya telah menarik beribu-ribu ekor burung datang dan terus menjengah masuk kedalam dan dalam masa yang singkat terus tidur didalamnya..
Kini Pak Din menggunakan konsep 3 suara bagi menarik burung untuk datang, masuk dan tidur ke dalam rumah yang Pak Din bantu. Dua suara untuk luaran (jarak jauh dan dekat) dan satu suara untuk dalaman. Konsep inilah yang Pak Din pakai sekarang, CUBALAH INSHAALLAH BERHASIL.. SELAMAT MENCUBA....

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments