Pelaburan Yang TIdak Diketahui Bila Pulangannya....




Dengarnya RBL ini telah dioffer untuk jualan pada harga >RM 2 Juta


Rumah burung di Sekincan, Selangor tumbuh bagaikan cendawan



Tidak ada pelaburan yang tidak punya risikonya! Lihatlah berapa banyak pelaburan yang telah dilaburkan oleh para petani di sekincan?

Setiap ruang tanah milik persendirian ini digunakan oleh setiap pemiliknya untuk membina rumah burung, bukan kecil tetapi tidak kurang daripada 3 tingkat setiap satunya..ukurannya tidak kurang dari 30'x70'x30'. Pada perkiraannya modal tidak kurang dari RM300,000 mengikut harga pasaran yang menggunakan konsultants. Terdetik dihati kami, dengan modal sebegitu besar, bilakah pulangannya akan mengatasi kos! Jawapannya ENTAHlah..

Tetapi usaha petani kita di Sekincan tidak pernah mengenal rasa rugi....Harapan mereka walaubila pun satu hari rumah mereka pasti akan dimasuki burung, walau sepasang..dengan sepasang..akan menjadi 3-4 pasang dalam semusim, dan 10-12 pasang dalam setahun..dan begitulah seterusnya..Anak-anak akan mula bersarang dan membiak pula pada tahun seterusnya..

Kami kagum dengan usaha petani-petani ini.. walau tidak menentu kesudahan hasilnya..mereka tetap menceburi pelaburan ini...bagaimana kita??
Sawah kita luas sepanjang penglihatan tetapi yang nampak dari jalan raya atau kapalterbang cuma pokok kelapa, manggo dan juga pondok/rumah yang kita diami..KENAPA? tepuk dada tanya selera/hati..


Bagi yang punya sedikit duit berlebihan, buatlah pelaburan awal untuk kita semasa tua atau kalau yang dah tua..untuk anak-cucu kita dikemudian hari..Kalau modal sedikit buatlah kecil-kecilan kalau modal besar buatlah yang lebih besar...

YANG PENTING...ANDA PERLU MEMULAKANNYA..tahniah pada yang sudah dan CEPATLAH pada yang belum...



Hubungi Kami: 013-4861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments