KENAPA RUMAH YANG ANDA BINA TIDAK DIMASUKI BURUNG??

Ramai yang bertanya kenapa rumah yang dibina tidak dimasukki burung?
Puncanya pelbagai...
Tidak kesemua rumah yang dibina akan dimasukki burung dengan sepantas yang kita kehendaki..Mengikut kajian ramai...terdapat lebih dari 50,000 buah rumah yang telah dibina di Semenanjung Malaysia...yang dimasuki burung hanya lebih kurang 10%-20%!! banyakkan ...beribu ribu yang masih belum berisi bukan setakat berbulan-bulan malahan bertahun-tahun belum dimasuki burung.
Puncanya bermacam-macam tapi yang paling utama ialah kita belum dikurniakan rezeki dari usaha kita. Jadi berusahalah lagi, banyakkan doa, pohonlah kurniaanNYa.
Usaha kita cubalah pelajari lebih mendalam kenapa rumah kita tidak dimasukki burung?
Pertamanya:
Kajilah lokasi rumah kita..dimana ianya dibina?
Bandar? i. berapa ramai orang lain yang telah membuat rumah di situ?
ii. Sudah adakah burung-burung yang mendiami rumah-rumah tersebut sebelum rumah anda?
iii. Banyakkah jumlah burung di situ?
JIka ketiga-tiga soalan diatas berjawapan ya...anda mungkin ada peluang..tetapi lambatlah sedikit,, mungkin berbulan atau bertahun-tahun.Tapi insha Allah satu hari rezeki anda mungkin ada. Burung-burung yang sudah punya rumah tidak akan meninggalkan rumah mereka kecuali ada gangguan..jadi peluang untuk anda hanyalah menarik anak-anak yang baru menetas dan sedang menjadi pasangan..dan rumah baru..
Keduanya:
Apakah rumah anda dikawasan kampung?
  1. kampung anda terletak dikawasan pertanian?, sawah padi? ladang kelapa sawit? getah?
  2. kampung anda punya banyak pokok disekelilingnya?
  3. Rumah anda terlalu rendah dari bangunan lain atau pokok?JIka jawapan kepada soalan-soalan diatas juga ya...maka rumah anda juga mungkin lambat dimasuki burung.. Cuba buatkan pengurusan yng lebih baik..tebang pokok disekitar rumah anda supaya tidak ada halangan untuk burung memasuki rumah anda...BACA TENTANG MUSUH BURUNG=BURUNG INI..

Ketiga..

Rumah anda dikawasan pertanian...lpang dan tidak ada rumah lain disekitarnya..tetapi burung masih tak mahu masuk..mungkin sistem bunyi yg dipasang tidak berkualiti..dan bunyi pula bunyi yang salah..

Cuba perhatikan disekitar..ada burung yang datang kerumah anda bila sistem audio dipasang? jika tidak ada...masalahnya sistem audio..

kalau ada yang datang tetapi cuma berkeliaran diluar...mungkin bunyi tak sesuai..pintu masuk tak sesuai dan bermacam lagi..

Hubungi Kami: 0134-861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments