Kawasan-kawasan paling sesuai untuk dibina rumah burung anda..

Tahukah anda kawasan yang bagaimana yang bersesuain untuk pembinaan rumah burung anda?

Mengikut pengalaman kami rumah-rumah yang dibina di kawasan sawah padi, di tepi kawasan sawah padi, kawasan pertanian seperti sekitar tanaman sayur (kawasan lapang) merupakan yang terbaik sekali. Pembinaanya perlu dirancang siap sebelum pokok-pokok padi dituai supaya rumah kita sudah bersedia untuk menerima kemasukkan burung-burung tersebut pada masa itu.

Mengikut pengalaman kami salah sebuah rumah yang kami bena siap sepenuhnya pada musim selepas penuaian, rumah tersebut apabila dibuka...tidak menarik banyak burung. Rumah tersebut kemudiannya kami ubah suai lagi dan target kami akan dibuka semula sebelum musim menuai...alhamdullilah siap saja ia dipasang dengan audio sistem...pada masa yg sama beratus-ratus ekor burung telah masuk kedalamnya..bermula dengan meninjau, kemudiannya terus bermalam dan bersarang dalam jangka masa 1-2 bulan..

Jadi jika anda ingin membina rumah anda...tengoklah bila ianya perlu siap...rancangkan dengan betul supaya anda tidak perlu tunggu lama untuk melihat hasilnya..inshaAllah.

Hubungi Kami: 013-4861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments