Hala Tuju Industri Sarang Burung Layang-layang Gua..

Menjawab pertanyaan saudara noxs....(dr Chatbox..)

Industri sarang Burung ini boleh pergi jauh sekali jika kita bersatu sesama sendiri. Terdapat satu koperasi yang telah ditubuhkan dibawah naungan Jabatan PERHILITAN. Setahu saya ianya telah pun didaftarkan di bawah Koperasi Malaysia pada bulan Lepas...??? Walaubagaimana pun itu saja yang saya tahu setakat ini. Sepatutnya kutipan/undangan untuk peserta-peserta kursus yang dianjurkan oleh Jabatan PERHILITAN telah dijemput untuk menjadi ahli tetapi sehingga kini NO NEWS... MASIH TIDUR KUT ATAU?? TAK TAHULAH SAYA..

Walaubagaimana pun pada pandangan saya industri ini boleh berkembang maju dengan Koperasi atau secara persendirian..Market sarangnya amat luas sekali di dalam mau pun di luar negara. Di dalam negara terdapat permointaan yang tinggi untuk sarang-sarang dijadikan sebagai makanan tambahan atau sebagai skin beauty products. Syarikat NUTOX misalnya telah menggunakan bahan daripada sarang burung ini untuk menambahbaikkan produk mereka. Terdapat juga syarikat-syarikat yang mengeluarkan air sarang burung layang-layang yang amat laris dipasaran.
Kajian-kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak telah menunjukkan sarang burung ini mempunyai calcium, magnesium dan potesium yang tinggi...mungkin satu hari ianya juga boleh dijadikan pills untuk penyakit osteoporisis atau athritis dan lain-lain lagi..
Dan jika semua ini tidak dijalankan di Malaysia pun pasaran dunia masih memerlukan quantiti yang banyak untuk diexsport dengan harga yang tinggi..Kita hanya perlu mendapatkan pembeli yang terbaik untuk harga yang tertinggi.. Jadi janganlah risau untuk menceburi bidang ini..
Jangan memikirkan untuk mendapatkan modal yang terlalu tinggi untuk memulakannya. Jika saudara mempunyai rumah lama yang tidak diduduki, ianya bolrh direnovate untuk dijadikan rumah burung..modalnyamungkin RM 10,000 atau kurang..buat secara kecil-kecilan dulu..(syarat buatlah sendiri) Jika tidak ada rumah lama mungkin binalah rumah batu 1 tingkat ukuran 20' x 20'x 10' dengan menara yang lebih tinggi jika di dalam kawasan yang punya pokok tinggi disekelilingnya..Contoh-contoh terdapat dalam posting Pak Din yang terdahulu..
Untuk keterangan lanjut emailkan details kawasan tanah anda pada Pak Din di alamat di bawah.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments