Rumah anda telah dimasukki burung dan sudah mula bersarang?
Bilakah masa yang sesuai untuk anda menuainya?
Mungkin pertanyaan ini sering bermain dikepala anda....Mungkin ada yang tak sabar-sabar untuk menuaikannya bagi mendapat pulangan yang cepat..
Kami memohon anda bersabarlah...jika burung anda telah mula bersarang, biarkan lah ia..tunggulah dan bersabarlah..kerana kesabaran akan membuahkan hasil yang lebih baik..
Tabiat burung..jika ia mula menyukai rumah anda..ia akan mula bersarang..bukan senang nak sesuaikan diri mereka...kerana peringkat pertama mereka masih was-was akan keselamatan mereka...jadi biarlah mereka merasa selesa dahulu...
Kebiasaan burung ini akan bertelur dan mengeramkannya kemudian akan membesarkan anak yang pertama/kedua di rumah anda. Apabila anak ini terbang dari sarang..ia akan bertelur lagi..sehingga musim makanan banyak berlalu mereka akan mencuba membiakkan sebanyak mungkin anak dalam musim itu. Dengan tidak mengambil sarang buurng ini...keupayaan mereka untuk membiak dengan lebih banyak akan berterusan kerana tenaga yang digunakan untuk membuat sarang tidak perlu digunakan lagi..
Keletihan membuat sarang lagi yang kebiasaan mengambil masa lebih dari 1 bulan akan membuatkan burung ini tidak bertelur lagi...jika kita ambil sarang mereka..SABARLAH DAN TUNGGU HINGGA MUSIM BERTELUR itu berhenti...barulah diambil sarangnya..TAK MENGAPA jika bersabar sekejap..tapi pulangan utk kita akan diperolehi dengan lebih banyak.
Seeloknya tunggulah setahun atau dua sebelum kita mula menuai sarang-sarang burung ini utk dijual. kerana ini akan memberi keselesaan kepada burung-burung ini dan anak-anak mereka untuk terus tinggal di rumah kita.
Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..
Comments