Bagaimana mengelakkan pemangsa memasuki rumah anda?

Anda tahu?

Bagaimana untuk mengelak dari rumah anda dimasukki pemangsa seperti burung hantu/helang? Pintu masuk untuk burung mungkin terlalu besar dan boleh muat dengan burung hantu yang sedang terbang. Kebiasaanya burung hantu mempunyai panjang sayap dari satu hujung kepada yang lain.. melebihi satu kaki panjang. Dengan demikain, tuan/puan boleh memasang BRC di depan pintu masuk burung dengan ukuran 4"x4". Ini boleh memberi keupayaan burung layang-layang masuk tetapi burung yang lebih besar tidak dapat masuk kedalamnya. Tapi ingat buatlah selepas burung layang-layang anda telah bermalam dan bersarang dahulu atau mereka akan terus takut untuk mendiami rumah anda.


Bagi mengelakkan biawak dari masuk kerumah anda...letakkan alluminium atau permukaan yang licin di sekeliling dinding rumah anda.. kebiasaannya biawak, ular, tikus, kera atau sebagainya tidak akan dapat memasuki rumah anda.

Jika terdapat dahan-dahan yang terlalu dekat dengan dinding rumah anda.. maka potonglah supaya tidak ada binatang pemangsa boleh masuk melalui dahan-dahan tesebut. Pemangsa yang bertenggek di dahan-dahan yang berhampiran juga boleh menakutkan burung layang-layang anda..Ini lama kelamaan akan menyebabkan burung layang-layang anda berpindah kerumah lain.Rumah yang dindingnya tidak di plaster juga akan membolehkan biawak atau tikus memanjat dan masuk kedalam rumah anda.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments