Musuh utama bagi layang-layang gua ialah manusia. Semasa ianya membuat sarang di dalam gua-gua di persisiran pantai di Semenanjung, seperti Gua di Pulau Redang, Perhentian, Pulau Tinggi, Pulau Besar dan pulau-pulau di Langkawi..manusialah yang menyebabkan mereka hampir pupus. Pengambilan secara berleluasa menyebabkan burung-burung ini tidak sempat membiak dan membesarkan anak-anak mereka.
Di dalam rumah-rumah burung musuh utama kepada burung-burung ini juga adalah manusia. Lain-lain musuh boleh diusahakan untuk dihindari tetapi jika manusia? amatlah sukar untuk dihalangi. Setebal mana pun pintunya, ia tetap boleh dimasuki selagi ianya buatan manusia. Lain-lain gangguan juga boleh menyebabkan burung-burung ini merasa tidak selamat. Contohnya cara memasuki rumah burung seperti membuat bising atau lain-lain buatan manusia.
Bagi mengelakkan burung-burung ini dari terus diganggu, pembinaan rumah-rumah ini perlu mengambil kira tentang menghalang dari kemasukkan burung-burung hantu, ular, biawak, burung gagak dsbnya.Burung-burung helang yang berkeliaran di sekitar rumah burung juga akan menakutkan burung layang-layang ini. Bagi suasana dalaman burung ini, tuan rumah perlu memastikan tiada cicak dan lipas boleh hidup didalamnya. Hidupan ini akan memakan sarang-sarang yang telah dibina. Tikus juga boleh menganggu, selain memakan sarang, telur dan anak-anak burung juga turut dimakan mereka. Anai-anai jika ada boleh menganggu papan sarangnya dan juga sarangnya.
Kehadiran lain-lain hidupan liar di dalam rumah burung juga akan mengundang ular untuk memasukki rumah burung kita.
Jadi...berusahalah untuk rumah kita tidak dimasuki oleh hidupan-hidupan liar tersebut. Penggunaan racun-racun perosak perlu secara berhati-hati supaya ia tidak memudaratkan diri kita dan juga burung-burung tersebut.
Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..
Comments