Rumah-rumah Yang Diubahsuai dan Menemui Kejayaan

Sebuah rumah yang dibina oleh seorang Tukang Kayu yang kini sudah punya lebih dari 1 kg hasilnya.. Tuan punya rumah ini kini sudah membina sebuah RBL baru disebelahnya bagi menambahbaik rumah sedia ada.. Alhamdullilah ianya sudah boleh dituai setelah menunggu lebih dari setahun. Anggaran kos rumah ini ialah lebih kurang dibawah RM 15,000.


Bangunan atas kedai hardware yg ditambah diatasnya untuk dijadikan rumah burung dengan kos di bawah RM 30,000 ini kini telah mempunyai lebih dari 1 kilo sarang. Ianya beroperasi 2 tahun dulu.

Rumah lama yang diubahsuai untuk dijadikan rumah burung dengan kos dibawah RM 10,000-burung sudah mula masuk dan bermalam, tetapi burung masih belum bersarang. Jangkamasa pembinaan ialah kurang dari 2 tahun.


Bangunan sekolah yang telah diubahsuai ini telah beroperasi antara 1-2 tahun dan hasil yang diperolehi ialah lebih kurang 2-4 kilo. Sarang telah mula dituai bagi pembiayaan pengurusan sekolah. Sekolah agama yang ditingkat atasnya diubahsuai untuk dijadikan rumah burung dengan kos RM30,000-50,000



Rumah lama yang tidak didiami diubahsuai dengan kos dibawah RM 10,000.00-burung sudah masuk dan bermalam

Nota:
Di atas adalah rumah-rumah sedia ada yang boleh diubahsuai menjadi rumah burung dengan harga mampu buat..tetapi bagi rumah-rumah kayu ia boleh dijadikan sebagai permulaan dan mestilah berada berhampiran rumah kita/keluarga sebab jika jauh dari tempat tinggal..ia mudah dicerobohi apabila rumahnya telah mula memberikan hasil lumayan..

Jadi secara keseluruhannya...setiap orang boleh membuat rumah burung mereka sendiri dengan harga yang paling minimum. Jika tidak ada rumah lama rumah yang sedang diduduki juga boleh dibuat. Iaitu tingkat bawah untuk kita, tingkat atas untuk burung...Bolehkan? cuma syaratnya kebersihan rumah burung perlu dijaga...

Comments