Keperluan dalaman Rumah Burung

Ramai yang mengeluarkan macam-macam pendapat untuk rumah dimasuki burung layang-layang...contoh: kena basuh rumah dengan air nenas, tak bagi bau semen menganggu burung-burung untuk masuk rumah...entahlah burung ini ada daya deria bau? tanyalah burung-burung tersebut. Ada yang mengatakan kita perlu lumur dinding rumah burung kita dengan putih telur ayam/itik atau macam-macam lagi..dicampur dengan simen. Yang lebih teruk lagi rumah kita kena dibusukkan dengan najis burung layang-layang ini...(kalau yang mewangikan oklah kerana kita pun enak memasuki rumahnya)

Percayakah anda? semua cadangan-cadangan itu mungkin bermotif lain..mungkin untuk meningkatkan penjualan produk..entahla..tepuk dada tanya selera..

Kami membantu membina rumah burung kawan-kawan yang datang meminta bantuan, tiada yang menggunakan benda-benda tersebut. tetapi rumah-rumah mereka telah banyak yang dimasuki burung, ada yang telah pun bermalam dan hanya menunggu masa untuk bersarang..insha Allah jika diizinkan..bersaranglah mereka..dan ada juga yang telah bersarang..

Apa yang penting, suhu dan humiditi didalamnya bersesuaian. Keadaan dalamannya memenuhi citarasa burung-burung ini..maka insha Allah usaha anda akan mendatangkan hasil lumayan.

Apa yang anda perlukan ialah KESABARAN..ramai antara kita yang pada mulanya takut untuk menceburi bidang ini..TAKUT BURUNG TAK MASUK...tapi bila dah buat..dan burung dah masuk...SIKIT PULAK..Ermm..dah banyak masuk komplain pulak BURUNG TAK TIDUR..bila dah tidur komplain lain pulak...BURUNG TAK BERSARANG...dah bersarang...SIKIT PULAK...Begitulah ragam manusia...TAK TAU BERSYUKUR..

Nasihat kami...BERSABARLAH..PEMBERIAN ITU DATANGNYA DARI ALLAH..banyak-banyakkan berdoa..nescaya usaha kita mencapai kejayaan..INSHAALAH..

INGATLAH ..ada rumah yang telah terbina bertahun-tahun lamanya tidak mendatangkan hasil..dan rumah kita baru sebulan dua...dah ada perkembangannya..oklah tu kan?

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments