Kemasan Dalam Rumah Burung Bentuk Moden

Reka bentuk dalaman dengan konsep baru menjimatkan kos dan cepat membantu burung masuk & tidur.
Kemasan dalaman rumah di atas amat ringkas, unik dan murah. Reka-bentuknya menarik dan effektif. Ia juga amat ekonomik. Ianya mudah diselenggara. Keadaan dalamannya sejuk dan selesa bagi burung tinggal dan bersarang didalamnya. Menyediakan tempat yang luas dan 'airy' untuk burung. Ia juga menyediakan ruangan yang luas untuk berlegar dari pintu masuk di atas boleh terus hingga ke bawah. Burung-burung ini boleh memilih untuk terus bersarang di mana sahaja yang disukai mereka. Peralatan dalaman yang minimum sahaja diperlukan.

Kos keseluruhan rumah adalah dianggarkan sebanyak RM 160,000.00. Keluasan dalaman rumah ialah lebih kurang 3,600 ' persegi dengan anggaran 80 kilo sarang setingkat.

Comments