Kawasan Mencari makanan burung-burung Layang-layang Gua

Rumah-rumah burung yang kedapatan di pekan-pekan kecil di Perak dan Perlis yang diubahsuai daripada bangunan kedai, bank dan rumah kediaman dibahagian atas kedai

Bangunan bank yang telah diubahsuai menjadi rumah burung di pekan Kuala Perlis


Rumah kedai yang telah diubahsuai menjadi rumah burung di pekan Setiawan

Burung Layang-layang Gua boleh didapati di mana sahaja. Di kawasan pertanian seperti kelapa sawit, ladang getah, padi, kebun-kebun sayur, kawasan rumput yang lapang, tepian hutan dan sebagainya. Di mana sahaja terdapat serangga dan kawasan berair di situlah kita akan dapati burung-burung ini berada. Dahulunya burung-burung ini boleh ditemui di kawasan-kawasan gua ditepi-tepi pantai atau dipulau-pulau diperairan Johor, Terengganu, Pahang, Pulau Langkawi dan lain-lain.
Walaubagaimana pun setelah terdapatnya pencerobohan secara berleluasa oleh orang orang yang tidak bertanggung jawab, populasi mereka di pulau-pulau ini telah hampir pupus. Pembinaan rumah-rumah burung yang dikawal rapi dari sebarang pencerobohan menyebabkan populasi burung-burung ini telah mula berkembang semula.
Dianggarkan terdapat 30,000 hingga 50,000 buah rumah burung layang-layang gua yang telah dibina di seluruh Semenanjung Malaysia. Hampir 90% dibina di kawasan bandar atau pinggiran bandar. Kenapa terjadi demikian? sebab sebahagian besar pemilik adalah berbangsa Cina yang kebanyakkannya tinggal di bandar-bandar. Tidak semua rumah-rumah burung ini dimasukki burung untuk tidur mahu pun bersarang di dalamnya.
Anda tahu kenapa?
Terlalu banyak rumah yang dibina di satu-satu tempat dengan harapan rumah yang mereka bina akan menarik burung-burung yang telah ada rumah dan anak-anak mereka akan berpindah kerumah yang baru dibina. Walaubagaimana pun burung-burung yang telah ada rumah kebiasaannya tidak akan berpindah ke rumah lain kecuali rumah tersebut mempunyai gangguan atau mempunyai pemangsa. Hanya anak-anak burung akan keluar mencari tempat baru untuk bermalam dan bersarang. Ini disebabkan setiap kali burung-burung ini bertelur, 2 biji telur dihasilkan dan anak yang ditetaskan adalah kebiasaanya sepasang. Anak-anak yang lahir akan menjadi dewasa dan akan mencari pasangan baru untuk mengawan dan seterusnya membiak. Itu adalah tabiaat secara tabiinya.
Jika rumah yang asal bersesuaian dengan mereka, pasangan ini akan terus kekal di dalamnya atau salah satu akan mengikut pasangannya kerumah pasangan tersebut. Jika tidak barulah mereka akan mencari rumah lain untuk tinggal didalamnya. Kebarangkalian ini agak rendah. Itulah sebabnya rumah yang baru dibina mengambil masa yang lama untuk dimasuki burung..

Comments