Berkenalan Dengan Burung Layang-layang Gua

Tahukah anda apa bezanya antara burung Layang-layang Gua dan lain-lain layang-layang?Burung Layang-layang Gua tergolong di dalam famili Apodidae dengan 13 spesies di dalamnya di Semenanjung Malaysia. Di antara 13 spesies tersebut hanya 3 menghasilkan sarang yang boleh dimakan. Dan di antara burung-burung ini pula cuma burung layang-layang gua yang menghasilkan sarang-sarang yang paling berharga.

Burung Layang-layang Gua agak kecil saiznya, berukuran lebih kurang 12 sm dengan berat antara 15-18g sahaja. Warnanya hitam kecoklatan di atas dan agak pudar sikit di bahagian bawahnya. Agak keputihan dibawah kerongkongnya..


Spesies ini boleh dilihat di mana sahaja sehingga ke ketinggian 2,800m: di kawasan terbuka, kawasan pertanian seperti sawah padi, getah, kelapa sawit, pinggiran hutan dan kawasan hutan, padang rumput, kawasan tanaman sayur dan sebagainya. Kiranya terdapat serangga dan air, di situlah terdapatnya burung layang-layang
Gua. Mereka juga boleh dilihat terbang di udara di kawasan laut lepas hingga jauh ketengah laut.

Di antara keseluruhan kawasan ini mengikut pengalaman kami, kawasan sawah padi merupakan yang terbaik. Ini mungkin disebabkan kawasan ini kebiasaannya tidak banyak mempunyai pokok-pokok yang tinggi yang boleh mengganggu penerbangan mereka atau mempunyai pemangsa. Di sini juga terdapat banyak spesies serangga yang berterbangan. Kawasan sawah padi juga mempunyai tali air yang menyenangkan mereka mendapatkan minuman.

Merupakan burung dari jenis tempatan dan bukan berhijrah. Dahulunya mendiami gua-gua di pulau-pulau tetapi akibat gangguan berterusan keatas sarang mereka.. kini berpindah ketanah besar dan memilih untuk tinggal di ruma-rumah yang dibina khas untuk mereka bersarang.

Jika di lihat di luar sana terdapat pelbagai spesies burung layang-layang. Jangan salah anggap, bukan semuanya burung layang-layang gua. Paling senang dikenali jika burung-burung tersebut hinggap pada apa jua permukaan, maka ia bukanlah burung layang-layang yang dicari. Semasa terbang jika ekornya bercabang dan amat ketara sekali, ia juga bukanlah burung layang-layang gua ini.

Hubungi Kami: 013-4861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments