Rumah Pangsa 1- 2-3 Tingkat..


Papan Pembiakan yang kita gunakan menentukan berapa buah "rumah"/sarang burung yang dibina. Jika papan yang kita gunakan lebar.. mungkin sarang yang dibina boleh dibuat bertingkat-tingkat 1, 2 atau 3.

Tetapi jika kos rumah kita adalah sederhana, kontraktor yang memasang papan pembiakan kita tidak akan menggunakan papan yang lebar..kerana ia agak mahal. Tetapi jika kita memandang jauh kehadapan mungkin kita boleh melabur lebih sedikit dan kiat boleh dapat papan yang lebih lebar supaya "sarang"

bak rumah pangsa boleh dibina apabila tempat telah penuh dengan sarang kelak.

Kebanyakkan burung suka membina sarang mereka di bucu-bucu papan menjadikan sarang lebih kecil kerana ini akan mengurangkan penggunaan air lir ntuk menyapkan sarang mereka. Ada orang tak kisah as long as burung-burung mereka mula membuat sarang.. Mungkin sarang-sarang ini boleh diguna untuk "makan" sendiri kerana untuk dijual harganya akan jatuh.

Mungkin papan di gambar atas ini boleh menampung 2-3 sarang kelak..dan mungkin gambar di sisi ini cuma boleh memuatkan 1-2 biji sarang sahaja.. Ini bergantung kepada kemahuan si burung. Ibarat kata orang "first-come first serve.."


Hubungi Kami pada nordi_jef@yahoo.com atau 013-4861990 Mohd Nordin Jafri. Kami sedia membantu. Kejayaan Anda Kejayaan Kami jua..

Comments