Jom Kita Tengok Rumah-rumah Yang Sedang/telah Dimasuki Burung Layang-layang Gua..

Bangunan kedai yag diubahsuai menjadi rumah burung dan sebahagian rumahnya telah menghasilkn 2 kilo sarang setelah beroperasi selama 2 tahun

Rumah yang terletak di kawasan sawah padi yang paling cepat dimasuki burung iaitu selepas sahaja dipasang bunyinya



Rumah ini kelihatan seperti 2 tingkat dari luarnya tetapi mempunyai 3 tingkat didalam. Perhiasan dalaman berbentuk moden dengan air terjun yang memberikan suasa sejuk bagaikan gua didalamnya.

Rumah 2 tkt ini baru siap dibina dengan anggaran kos RM 70,000 telah pun dimasukki burung dengan jumlah yang banyak.Ada yang telah mula tidur di dalamnya.

Bertuahkan? pemilik rumah-rumah ini telah mendapat rezeki dari Yang Maha Esa..rumah yang baru dibina telah dilawati oleh burung-burung yang sedang mencari tempat berlindung..bersarang dan seterusnya membiak..Sepatutnya kita bersyukur..peringkat pertama dan kedua rumah yang kita bina telah membuahkan hasil....
pertama: apabila rumah kita siap dibina dan kita mula memanggil burung-burung tersebut, mereka sudah mula datang di sekitar rumah itu.... kita sudah berjaya..
peringkat kedua: kita panggil burung-burung ini, mereka sudah mula memasukki rumah kita...kejayaan kedua!! jadi bersabarlah..untuk peringkat seterusnya..jangan hilang kesabaran....
Peringkat ketiga insha Allah akan datang..banyakkan berdoa dan jangan takabur...dan apabila peringkat ketiga sudah datang...
susulannya adalah peringkat ke-4 iaitu burung mula tidur di dalam rumah kita..banyakkan bersabar dan berdoalah kepada Yang Esa..rezeki ditangannya..bukan ditangan manusia...walau berapa banyak pun kita mengharap tanpa kurniaannya..semuanya tidak akan terjadi..Kita hanya boleh berusaha..tetapi Dia yang Memberi..INGAT tu..
Peringkat ke lima pasti akan datang jika kita banyak bersabar dan berdoa...Ingat jangan takkabur dan jangan tamak..Apabila sampai masanya burung-burung ini pastinya akan bersarang dirumah tuan-tuan..dan ingat pesanan kami...tunggu...sehingga burung-burung ini selesa hidup dengan aman dirumah kita..barulah kita pikirkan keuntungan yang dibawanya..setahun atau lebih..adalah masa yang elok untuk kita menuaikan hasilnya.Sementara itu jagalah kelastrian hidup burung-burung tersebut di dalam rumah yang kita bina.
Jagalah keadaan dalaman rumah kita..pastikan burung yang telah berjinak-jinak dengan rumah kita tetap tinggal disini. Suhu dan humiditinya perlu dijaga. Ikut kehendak mereka..semasa memantau rumah anda..tengok dan kajilah keperluan mereka.Tambahkan keselesaan mereka insha Allah doa dan kesabaran kita akan diberi ganjarannya kelak..

Comments