Mari Berkenalan dengan burung Layang-layang Gua

Yang paling penting ia menghasilkan air liur yang digunakan untuk membuat sarang. Tidak seperti sarang burung-burung lain, sarang burung ini boleh dimakan. Sarangnya dipetuakan oleh JAKIM sebagai harus untuk dimakan melalui penyelidikan yang telah dijalankan oleh pegawai mereka Jadi tak perlu was-was untuk mencuba meminum air sarang burung layang-layang gua ini.
Burung Layang-layang Gua ini telah disenaraikan di dalam Jadual … di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 72/76.
Sebelum October tahun 2003, ianya diperlindungi sepenuhnya. Tetapi kajian menunjukkan populasinya semakin menurun dsebakan kegelojohan manusia mengutip sarangnya untuk dijual. Memandangkan sarangnya yang berharga amat tinggi, usaha untuk melindunginya amat sukar sekali. Oleh sebab itu kebanyakkan gua-gua yang berada di perairan Malaysia terutamanya di Semenanjung Malaysia tidak lagi menyediakan habitat yang baik untuk burung-burung ini. Begitu rakusnya manusia, sehingga belum pun sempat burung-burung ini menyiapkan sarang mereka, ianya telah pun dicuri oleh manusia yang kejam. Kutipan sarang juga menyebabkan telur atau anak-anak yang ada didalamnya dibuang begitu sahaja…KEJAM kan? ITULAH MANUSIA…
Sejak October tahun 2003, burung layang-layang ini telah dikeluarkan dari senarai burung-burung yang diperlindungi sepenuhnya setelah satu kajian populasinya dijalankan oleh pihak Jabatan PERHILITAN pada tahun 1990'an. Kini pihak Jabatan PERHILITAN telah menggalakkan orang ramai menceburi industri sarang burung layang-layang ini. Walaubagaimana pun lesen-lesen yang tertentu dikenakan bagi menjalankan industri ini seperti lesen mengutip sarang, lesen berniaga dan juga import/eksport.
Burung Layang-layang Gua ini tergolong dalam Genus: Aerodramus dan nama saintifiknya ialah: Aerodramus fuciphagus.
Ia berbeza dengan lain-lain burung Layang-layang kerana sarangnya yang berwarna putih dan diperbuat daripada air liurnya. Sarangnya pula boleh dimakan. Burung ini juga mempunyai kaki yang amat pendek sehinggakan apabila jatuh di mana-mana permukaan, ia tidak akan dapat terbang semula. Hanya MAUT menjadi takdirnya, kecuali kita MANUSIA dapat membantunya untuk melambungkan ia keudara..
.Tabiatnya yang tidak boleh hinggap di mana-mana pokok, talian, atau apa-apa selain di tepian gua atau di papan/dinding yang kasar membuatkan ianya cuma boleh terbang di sepanjang hari. Allah Taala memberikan ianya kekuatan untuk berbuat demikian. Ia makan secara menyambar…oleh itu burung ini haram untuk dimakan. Ia mengurat temannya dan mengawan juga di udara. Ia juga minum sambil terbang..MENAKJUBKAN KAN?
Oleh sebab-sebab inilah layang-layang gua ini PEMBERSIH dan ia belum ada rekod lagi membawa sebarang penyakit. Kajian oleh pihak Institute Penyelidikan Veterina belum pernah menemui apa-apa jenis penyakit yang dibawa oleh burung ini..

Comments